Akta Garis Panduan, Kod & Nota Amalan Siaran Akhbar Ucapan & Artikel Soalan Lazim
Kertas Rundingan/
Pembentangan
Data & Statistik Penerbitan Pautan Perpustakaan SC
Pangkalan Data Unit Amanah Laman Utama            

SIARAN AKHBAR

Kuala Lumpur, 11 Februari 2008

Pelantikan SC yang Baru

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah melantik Dato Dr Nik Ramlah Mahmood dan Datuk Ranjit Ajit Singh sebagai Pengarah Urusan SC. Pelantikan mereka berkuat kuasa pada 6 Februari 2008.

Sebagai Pengarah Urusan, Dato Dr Nik Ramlah dan Datuk Ranjit, akan membantu Pengerusi SC, masing-masing dengan operasi harian yang berkaitan dengan bahagian lebih meluas Kawal selia dan Pembangunan, dan penyelarasan serta pelaksanaan projek-projek utama.

Selain itu, Dato Dr Nik Ramlah akan menyandang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif, Penguatkuasaan dan Datuk Ranjit pula terus mengekalkan tanggungjawabnya sebagai Pengarah Eksekutif, Pengawasan Pasaran.

Sementara itu, Encik Goh Ching Yin akan mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Eksekutif, Strategi dan Pembangunan, berkuat kuasa pada 6 Februari 2008. Sebelum ini, beliau adalah Pengarah Eksekutif di Pejabat Pengerusi.

 

SURUHANJAYA SEKURITI