Akta Garis Panduan, Kod & Nota Amalan Siaran Akhbar Ucapan & Artikel Soalan Lazim
Kertas Rundingan/
Pembentangan
Data & Statistik Penerbitan Pautan Perpustakaan SC
Pangkalan Data Unit Amanah Laman Utama            

SIARAN AKHBAR

Kuala Lumpur , 11 Mac 2008

Tertuduh bagi permohonan saham berganda mengaku bersalah dan didenda RM70,000

Gan Yew Chok mengaku bersalah kelmarin atas dua pertuduhan bawah seksyen 9(1) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 kerana membuka dan menggunakan lebih daripada satu akaun sekuriti, untuk memudahcarakan permohonannya bagi saham Tawaran Awam Awal (IPO). Ini melanggar Peraturan 26.02 Peraturan Depositori Pusat Malaysia.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengenakan denda sebanyak RM35,000 bagi setiap pertuduhan, sekiranya gagal membayar, tiga bulan penjara. Secara keseluruhannya, Gan didenda sebanyak RM70,000, sekiranya gagal membayar, 6 bulan penjara.

Siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) mendapati Gan telah menggunakan kad pengenalan beberapa individu yang tinggal di kawasan pedalaman Kelantan apabila dia memohon saham IPO Ulbon Berhad dan Metrod (M) Berhad pada tahun 1995 dan 1996. Dia meraih keuntungan sebanyak RM57,000 daripada penjualan saham tersebut, apabila 11 permohonan saham bergandanya berjaya dipilih.

Pada 7 Oktober 2002, SC menawarkan kompaun sebanyak RM57,000 bagi kesalahan ini. Gan kemudiannya dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30 April 2003 apabila dia enggan membayar jumlah kompaun tersebut.

 

SURUHANJAYA SEKURITI