| Akta | Garis Panduan, Kod & Nota Amalan | Siaran Akhbar | Ucapan & Artikel | Soalan Lazim | |||||
| Kertas Rundingan/ Pembentangan |
Data & Statistik | Penerbitan | Pautan | Perpustakaan SC | |||||
| Pangkalan Data Unit Amanah | Laman Utama | ||||||||
SIARAN AKHBARKuala Lumpur, 15 April 2008Angka hasil yang mengelirukan - SC mendakwa bekas Pengarah Urusan Welli Multi dan Pengarah Eksekutif; mengkompaun bekas CEO |
|||||||||
|
Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mendakwa Ang Sun Beng dan Ang Soon An, bekas Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif Welli Multi Corporation Berhad (WMCB), atas empat kesalahan memberikan kenyataan mengelirukan kepada SC dan Bursa Malaysia Securities Berhad. Dua beradik itu, kedua-duanya Pengarah WMCB pada masa syarikat itu memberikan kenyataan mengelirukan tersebut, didakwa di bawah seksyen 122B(a)(bb) yang dibaca bersama dengan seksyen 122(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA). Kenyataan mengelirukan itu adalah berhubung dengan angka hasil dalam dokumen WMCB yang berikut:
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali. Kedua-dua Ang Sun Beng dan Ang Soon An dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM150,000 setiap seorang dengan syarat pasport antarabangsa mereka diserahkan kepada Mahkamah. Selain itu, SC mengkompaun bekas Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif WMCB, Tan Chin Han, sebanyak RM100,000 kerana dengan sengaja membenarkan pemberian kenyataan mengelirukan itu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad pada
SURUHANJAYA SEKURITI |
|||||||||