| Akta | Garis Panduan, Kod & Nota Amalan | Siaran Akhbar | Ucapan & Artikel | Soalan Lazim | |||||
| Kertas Rundingan/ Pembentangan |
Data & Statistik | Penerbitan | Pautan | Perpustakaan SC | |||||
| Pangkalan Data Unit Amanah | Laman Utama | ||||||||
SIARAN AKHBARKuala Lumpur, 7 Mei 2008Berhati-hati: SC memberi amaran terhadap ‘CSI’ Investment Product dan Beneficence International Investment (Group) Co Ltd |
|||||||||
|
Suruhanjaya Sekuriti (SC) memberi amaran kepada orang ramai terhadap pelaburan dalam mana-mana produk pelaburan yang kononnya dipasarkan di bawah nama ‘Credit Suisse Investment’ atau ‘CSI’ atau mana-mana produk pelaburan lain yang ditawarkan oleh atau melalui Beneficence International investment (Group) Company limited atau mana-mana entiti yang berkaitan. CSI tidak diluluskan oleh SC dan Beneficence International investment (Group) Company limited tidak dilesenkan oleh SC bagi menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan pasaran modal. Orang ramai harus melabur hanya dalam sekuriti atau produk pelaburan melalui pihak yang dilesenkan oleh SC. Mereka juga dinasihati supaya memeriksa status pelesenan mana-mana syarikat tempatan dan asing dengan SC sebelum membuat sebarang pelaburan dalam syarikat tersebut. Aktiviti yang berkaitan dengan nasihat pelaburan, pengurusan dana dan urus niaga sekuriti dikawal selia bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, dan mereka yang menawarkan perkhidmatan tersebut memerlukan lesen daripada SC. Senarai syarikat dan individu yang dilesenkan oleh SC untuk menjalankan aktiviti pelaburan boleh didapati di www.sc.com.my . Orang ramai yang mendapati sebarang program atau produk pelaburan yang meragukan, atau mempunyai sebarang maklumat berhubung dengan program atau produk sedemikian harus memberitahu SC melalui e-mel di aduan@seccom.com.my atau telefon 03–6204 8999. SURUHANJAYA SEKURITI |
|||||||||