Akta Garis Panduan, Kod & Nota Amalan Siaran Akhbar Ucapan & Artikel Soalan Lazim
Kertas Rundingan/
Pembentangan
Data & Statistik Penerbitan Pautan Perpustakaan SC
Pangkalan Data Unit Amanah Laman Utama            

SIARAN AKHBAR

Kuala Lumpur, 9 Mei 2008

SC siasat FX Capital Consultant — memberi amaran kepada orang ramai terhadap aktiviti pelaburan tidak berlesen

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah melancarkan siasatan terhadap FX Capital Consultant (M) Sdn Bhd.

FX Capital Consultant (M) Sdn Bhd tidak dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, dan oleh itu, tidak mempunyai kebenaran untuk berurusan dalam sekuriti, berdagang dalam kontrak niaga hadapan, dan memberi perkhidmatan pengurusan dana atau nasihat pelaburan yang berkaitan dengan sekuriti atau niaga hadapan.

SC menggesa para pelabur supaya berhati-hati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi luar biasa dalam tempoh pelaburan yang singkat.

Para pelabur juga diingatkan supaya hanya melabur dengan individu atau syarikat yang dilesenkan oleh SC. Senarai lengkap entiti berlesen boleh didapati di sini.

SC terus berwaspada terhadap skim pelaburan yang menawarkan pulangan yang terlalu sukar untuk dipercayai. SC mengalu-alukan aduan dan maklumat daripada orang ramai mengenai kemungkinan berlakunya penipuan atau skim tidak sah, yang boleh di e-melkan kepada aduan@seccom.com.my atau tel: 03-6204 8999.

 

SURUHANJAYA SEKURITI