Akta Garis Panduan, Kod & Nota Amalan Siaran Akhbar Ucapan & Artikel Soalan Lazim
Kertas Rundingan/
Pembentangan
Data & Statistik Penerbitan Pautan Perpustakaan SC
Pangkalan Data Unit Amanah Laman Utama            

SIARAN AKHBAR

Kuala Lumpur, 21 Mei 2008

SC mengalu-alukan tindakan BPR terhadap Chee Kok Win

Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengalu-alukan dakwaan yang dilakukan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Chee Kok Wing bagi lapan pertuduhan menerima rasuah yang didakwa untuk memberikan insentif kepada kakitangan SC bagi memastikan penyenaraian GP Ocean Berhad dan untuk memberhentikan siasatan SC terhadap syarikat tersebut.

"Perkembangan ini menjadi peringatan penting kepada peserta dalam pasaran modal bahawa mereka harus berurusan secara langsung dengan SC dan bukan melalui individu yang mengaku bertindak untuk atau mewakili SC," kata Pengerusi SC Dato' Zarinah Anwar.

SC mempunyai proses dan prosedur yang telus dalam melaksanakan fungsi pengawalseliaannya, dan semua ini boleh dilihat di laman web SC. SC juga telah memulakan rundingan prapenyerahan sejak awal tahun 2006 untuk semua pemohon dan penasihat mereka.

Ini diikuti dengan mesyuarat pascakeputusan dengan pemohon bagi menjelaskan tentang hasil penyerahan mereka itu. Sebab penolakan turut diterbitkan di laman web SC sebagai garis panduan masa akan datang untuk pemohon dan penasihat mereka.

SC akan terus bekerja rapat dengan BPR bagi memastikan yang sebarang kesalahan seumpama ini akan ditangani dengan segera bagi melindungi integriti pasaran kita.

 

SURUHANJAYA SEKURITI