| Akta | Garis Panduan, Kod & Nota Amalan | Siaran Akhbar | Ucapan & Artikel | Soalan Lazim | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kertas Rundingan/ Pembentangan |
Data & Statistik | Penerbitan | Pautan | Perpustakaan SC | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pangkalan Data Unit Amanah | Laman Utama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SIARAN AKHBARKuala Lumpur, 30 Mei 2008Senarai Terkini Sekuriti Patuh Syariah Oleh Majlis Penasihat Syariah SC |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan senarai terkini sekuriti patuh Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS). Senarai sekuriti patuh Syariah terkini yang tersenarai di Bursa Malaysia tersebut berkuat kuasa mulai 30 Mei 2008. Senarai terkini ini mengandungi 843 sekuriti yang diklasifikasikan oleh MPS sebagai sekuriti patuh Syariah. Ini meliputi 85 peratus daripada sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia. Senarai ini termasuklah 23 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai patuh Syariah (Jadual 1). Dua belas sekuriti yang dimasukkan dalam senarai patuh Syariah pada bulan November 2007 pula telah dikeluarkan (Jadual 2). Senarai ini juga menunjukkan bahawa sekuriti patuh Syariah boleh didapati dalam semua sektor industri (Jadual 3). Dalam mengklasifikasikan sekuriti tersenarai, MPS telah menggunakan kriteria yang standard dalam menumpukan terhadap aktiviti syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Pendekatan dan kriteria dalam mengklasifikasikan sekuriti dan juga nasihat dan bimbingan MPS dalam menyahsenaraikan sekuriti tidak patuh Syariah ada dinyatakan dalam senarai. Senarai penuh, yang dikemas kini dua kali setahun, boleh diperoleh di sini (format pdf). Senarai kemas kini seterusnya adalah pada bulan November 2008. Senarai ini juga diterbitkan dalam bentuk buku kecil dan boleh didapati di SC pada akhir bulan Jun 2008.
SEKURITI PATUH SYARIAHJadual 1: Sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah
Jadual 2: Sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak patuh Syariah
Jadual 3: Sekuriti patuh Syariah di Bursa Malaysia
SURUHANJAYA SEKURITI |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||