| Akta | Garis Panduan, Kod & Nota Amalan | Siaran Akhbar | Ucapan & Artikel | Soalan Lazim | |||||
| Kertas Rundingan/ Pembentangan |
Data & Statistik | Penerbitan | Pautan | Perpustakaan SC | |||||
| Pangkalan Data Unit Amanah | Laman Utama | ||||||||
SIARAN AKHBARKuala Lumpur, 3 Julai 2008SC memantau rapi pasaran ekoran masalah teknikal |
|||||||||
Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang berhubung rapat dengan Bursa Malaysia ekoran masalah teknikal dalam sistem dagangan yang membawa kepada penutupan pasaran saham pagi ini. Bursa memberi jaminan kepada SC bahawa mereka sedang berusaha untuk memulihkan keadaan secepat mungkin. Sambil itu, di bawah pelan kontingensi Bursa, sistem sokongan sedang beroperasi dan dagangan akan berjalan semula dalam sesi dagangan kedua (2.30-5.00 petang). SC akan terus memantau perkembangan secara teliti bagi mengekalkan integriti pasaran pada setiap masa.
SURUHANJAYA SEKURITI |
|||||||||