| Akta | Garis Panduan, Kod & Nota Amalan | Siaran Akhbar | Ucapan & Artikel | Soalan Lazim | |||||
| Kertas Rundingan/ Pembentangan |
Data & Statistik | Penerbitan | Pautan | Perpustakaan SC | |||||
| Pangkalan Data Unit Amanah | Laman Utama | ||||||||
SIARAN AKHBARKuala Lumpur, 29 September 2008SC mendaftarkan syarikat modal teroka asing pertama |
|||||||||
|
Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah meluluskan permohonan Japan Asia Investment Co. Ltd (JAIC), salah sebuah syarikat modal teroka (VCC) terbesar di Jepun, untuk menjalankan aktiviti modal teroka di Malaysia. Pendaftaran JAIC menandakan kemasukan VCC asing pertama di Malaysia. Pada masa ini terdapat 57 VCC berdaftar dengan SC setakat 31 Ogos 2008. Pengerusi SC Dato’ Zarinah Anwar berkata, “Kehadiran VCC asing dalam persekitaran modal teroka tempatan akan mendalamkan dan memperluas kumpulan mereka yang terbabit dalam industri ini.” Syarikat dan usahawan Malaysia boleh mengumpil rangkaian kerja dan kepakaran JAIC bagi meningkatkan kemahiran mereka dan merebut peluang pertumbuhan dalam industri. Dengan lebih 15 tahun pengalaman dalam pelaburan VC, JAIC mempunyai organisasi yang mempunyai rangkaian global yang mempunyai urus niaga pelaburan di Jepun, Asia dan Amerika Syarikat. Kemasukan JAIC ke Malaysia juga meningkatkan kumpulan pendanaan ekuiti swasta yang ada di Malaysia. Selain daripada pelaburan VC, JAIC juga aktif dalam perniagaan yang berkaitan dengan ekuiti swasta seperti pelaburan buy out, penstrukturan semula pembiayaan, dan pelaburan sekunder. JAIC ditubuhkan pada tahun 1981 oleh Persatuan Eksekutif Korporat Jepun (Japan Association of Corporate Executives) dan menjadi VCC bebas pada tahun 1989. JAIC tersenarai di Bursa Saham Tokyo dan pada masa ini menguruskan dana pelaburan berjumlah AS$1.4 bilion merentasi 11 negara termasuk China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan, Thailand, Vietnam dan AS.
SURUHANJAYA SEKURITI |
|||||||||