Page 100 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 100

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
 98
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
BAHAGIAN 4
LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
PENGENALAN
Pembangunan berterusan pasaran modal Malaysia merupakan satu usaha yang memerlukan sinergi yang kukuh antara pelbagai pihak berkepentingan. Berlandaskan semangat yang sama, SC kekal komited terhadap penglibatan strategik pihak berkepentingan dalam memastikan proses inklusif di mana keperluan dan kepentingan semua pihak dipertimbangkan semasa menggubal dasar dan melaksanakan inisiatif pembangunan.
Sepanjang 2023, SC terlibat secara aktif dengan rangkaian luas pihak berkepentingan utama di Malaysia dan di luar negara yang merangkumi peserta pasaran, pengantara kewangan, persatuan industri, pihak berkuasa kawal selia, perniagaan, pelabur, pegawai kerajaan, orang awam dan media. Kaji selidik persepsi pihak berkepentingan telah digunakan untuk mengenal pasti keperluan pihak berkepentingan, lalu membolehkan SC melibatkan diri dengan sewajarnya dalam usaha untuk menjadi pemudah cara dan bertindak balas dengan cekap.
SC memanfaatkan pelbagai platform untuk melaksanakan libat urus ini dan memastikan komunikasi yang konsisten dan berterusan dengan pihak berkepentingan, antara lain melalui perundingan, mesyuarat, dialog dan taklimat.
Sememangnya, adalah menjadi teras kepercayaan SC bahawa penggubalan dasar yang memudah cara dan berkesan untuk pertumbuhan mampan pasaran modal domestik adalah hasil daripada kefahaman mendalam tentang industri dan kerjasama yang kukuh bersama semua pihak berkepentingan yang berkaitan dalam ekosistem.
  
























































































   98   99   100   101   102