Page 107 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 107

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
       EKOSISTEM YANG MEMUDAHCARA DAN INKLUSIF
SC berpegang teguh pada prinsip bahawa pengawal selia yang terbuka dan melibatkan diri adalah penting dalam pembangunan dasar pasaran modal yang berkesan dan cekap. Oleh itu, SC terus memupuk ekosistem pembiayaan yang memudah cara dan inklusif untuk semua, selaras dengan usaha untuk memupuk pasaran modal Malaysia yang lebih maju.
Menggerakkan Modal bagi Pasaran Swasta
Memudahcarakan pertumbuhan pasaran swasta adalah penting untuk matlamat SC menggalakkan keterangkuman kewangan dan meningkatkan keluasan dan kedalaman pasaran modal domestik. SC telah terlibat secara meluas dengan pihak berkepentingan swasta dan awam untuk membangunkan bidang pembiayaan alternatif di Malaysia sebagai pelengkap utama kepada pasaran awam.
SC, dengan kerjasama sekutunya Capital Markets Malaysia (CMM) dan MDEC menganjurkan satu siri program korporat modal teroka (CVC), yang pertama seumpamanya di Malaysia, sepanjang tahun. Objektif siri ini adalah untuk memajukan ekosistem VC dan PE domestik dengan menghubungkan pemain ekosistem CVC yang berbeza meningkatkan kesedaran tentang peluang pelaburan yang berpotensi dalam CVC, dan merangsang pelaburan korporat dalam kalangan PLC yang lebih besar. Program-program ini telah dihadiri oleh wakil korporat, Bursa Malaysia, dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Selain itu, bersama BNM, SC mengadakan sesi meja bulat pada 3 Februari 2023 untuk lebih memahami isu yang dihadapi oleh pemain VC dan PE berkaitan Dasar
Pertukaran Asing Malaysia (FEP) dan membincangkan penyelesaian yang sesuai. Acara itu dihadiri oleh wakil- wakil daripada syarikat pemula Malaysia, firma VC dan PE, serta pemboleh ekosistem termasuk MDEC, Khazanah Nasional, Penjana Kapital, dan Ernst & Young.
SC juga bekerjasama rapat dengan pegawai kerajaan negeri mengenai objektif bersamanya untuk mengembangkan bidang pembiayaan alternatif. Pada 12 Jun 2023, SC, bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan InvestPenang, telah menganjurkan Rangsangan Pasaran Modal untuk Ekosistem Pulau Pinang. Acara sehari itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pelbagai saluran pengumpulan dana yang terdapat dalam pasaran modal untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta memperkenalkan pelaburan teroka kepada rangkaian individu bernilai tinggi (HNWI), syarikat keluarga dan korporat Pulau Pinang. Disokong oleh Penjana Kapital, Bursa Malaysia, dan Digital Penang, acara itu dihadiri oleh 164 individu yang mewakili pelbagai kumpulan daripada ekosistem perniagaan Pulau Pinang, iaitu PKS, korporat, persatuan, MTC, pejabat keluarga dan rangkaian individu bernilai tinggi (HNWE) – serta pelbagai pegawai kerajaan negeri dan tempatan.
Selain itu, pada 17 Julai 2023, SC bekerjasama dengan Penjana Kapital, Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), dan Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) untuk menganjurkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) untuk menubuhkan Dana Penjana Selangor (DPS) antara Penjana Kapital, PNSB dan SIDEC. Sokongan SC bagi MOU ini merupakan bukti minatnya yang mendalam dalam kerjasama awam-swasta dalam ekosistem VC dan PE. Majlis menandatangani MOU yang diadakan di SC itu dihadiri oleh bekas Timbalan Menteri Kewangan II, YB Sim Chee Keong dan 80 wakil daripada pelbagai agensi, syarikat permulaan, firma VC dan PE.
 LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 105
 























































































   105   106   107   108   109