Page 111 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 111
BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
EKONOMI PIHAK BERKEPENTINGAN BERSAMA ICM DAN SRI
Sebagai peneraju global untuk pasaran modal Islam, SC terus memajukan penglibatan pihak berkepentingan ICM dan memanfaatkan kepimpinan pemikiran ICM yang terkemuka di Malaysia. Selaras dengan prinsip kewangan sosial dan bertanggungjawab, SC juga berusaha untuk menggalakkan pasaran modal yang mampan - di mana penglibatan pengantara pasaran modal dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan juga penting untuk kejayaan inisiatif SRI dan pembangunan ekosistem SRI di Malaysia yang memudahcara dan bingkas.
ICM Sebagai Pemacu Utama bagi Ekonomi Pihak Berkepentingan
Prinsip Islam, seperti perkongsian risiko dan pengagihan semula kekayaan, meletakkan ICM sebagai pemacu utama bagi ekonomi pihak berkepentingan, seperti yang digariskan dalam CMP3 SC. Demi mencapai visi
Fintech Islam
ini, ICM berusaha untuk mewujudkan rangka kerja pengawalseliaan yang kukuh dan memudahcarakan platform yang berkesan untuk ekosistemnya, yang merangkumi cendekiawan, pengamal, pengawal selia, pengantara dan pelabur untuk berkembang maju dan terus berinovasi.
SC berfungsi sebagai penghubung penting dalam kalangan pihak berkepentingan ini dalam ICM, memudahkan kerjasama di peringkat domestik dan antarabangsa. Pada tahun 2023, SC telah memulakan pelbagai inisiatif untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dan menjalin hubungan baharu melalui platform seperti persidangan, meja bulat, forum dan bengkel, semuanya sejajar dengan objektif CMP3.
Inisiatif utama bergerak ke hadapan termasuk mengembangkan dan memajukan bidang utama dalam ICM termasuk teknologi kewangan Islam, kewangan sosial Islam dan pelaburan impak dan mampan. Ini akan menjadi sebahagian daripada usaha SC untuk mewujudkan ekonomi yang lebih teguh, inklusif dan transformatif.
Sidang Meja Bulat Fintech
Bertemakan ‘Islamic Fintech for Social Good’, meja bulat yang dianjurkan oleh SC dan CMM, disokong oleh Islamic Finance News (IFN) telah diadakan pada 18 September 2023 di Hamilton Place, UK. Acara itu mengumpulkan pemain fintech Islam dari Malaysia dan UK, yang membincangkan cara platform fintech dan pasaran digital Islam boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan dan menerajui inovasi dalam impak sosial dan kewangan sosial.
Meja bulat juga membincangkan-
• cabaran yang dihadapi oleh syarikat pemula fintech Islam dalam meningkatkan dan mengembangkan
impak mereka di samping meneroka penyelesaian yang berpotensi untuk membantu mereka;
• amalan terbaik dan kisah kejayaan dari kedua-dua negara tentang cara platform fintech Islam menyumbang kepada impak sosial daripada perspektif syarikat baharu dan pembangun ekosistem; dan
• meneroka potensi sinergi dan peluang kerjasama antara Malaysia dan UK untuk memanfaatkan dan
memaksimumkan impak kewangan sosial melalui teknologi kewangan Islam.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 109