Page 126 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 126
BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
KOMUNIKASI DAN PROGRAM CAPAIAN Pendidikan dan Kesedaran Pelabur
TInisiatif pendidikan pelabur SC, melalui InvestSmart® dan pelbagai usaha memanfaatkan media digital, televisyen, dan radio untuk menjalankan program capaian awam, dengan objektif meningkatkan literasi pelaburan dan kesedaran awam terhadap aktiviti tidak berlesen dan skim penipuan. Usaha-usaha ini dijalankan melalui pelbagai platform digital untuk lebih mendekati rakyat Malaysia dan memberi pemberitahuan, peringatan, dan panduan yang tepat pada masanya untuk mencegah orang ramai menjadi mangsa kepada aktiviti tidak berlesen dan skim penipuan. Interaksi di lapangan dengan pelabur merupakan komponen penting lain dalam InvestSmart® dan merupakan sebahagian penting daripada kempen yang melibatkan komuniti bandar dan luar bandar di seluruh Malaysia. Aktiviti di lapangan InvestSmart® termasuk InvestSmart®@SC, pertemuan bersemuka, acara kolaboratif InvestSmart® dengan rakan strategik seperti Karnival Kewangan BNM, Minggu Saham Amanah oleh Permodalan Nasional Malaysia (PNB), Bursa Marketplace dan banyak lagi.
Selain itu, InvestSmart® menganjurkan acara utama tahunan berskala besarnya sendiri yang berfungsi untuk menyediakan dan memupuk pengetahuan pelabur mengenai pelaburan, membantu mereka terlibat dalam pasaran modal di samping dilindungi daripada penipuan dan skim haram. Terdapat dua acara yang sedemikian diadakan setiap tahun, acara pertama biasanya diadakan lebih awal dalam tahun, diatur di luar Lembah Klang dan acara kedua, di dalamnya.
InvestSmart® Fest 2023
SC melalui inisiatif pemerkasaan pelaburnya, InvestSmart® menganjurkan acara pendidikan pelabur utama tahunannya, InvestSmart® Fest 2023 (ISF 2023) dari 17 hingga 19 November 2023 di Dewan 4, Pusat Konvensyen KL. ISF 2023 bertujuan meningkatkan keyakinan pelabur agar mampu membuat keputusan pelaburan bermaklumat dan tidak menjadi mangsa skim penipuan.
Ini adalah edisi kali ke-10 acara dengan tema ‘Sedekad Memperkasa Rakyat Malaysia’. Tema tersebut dianggap sesuai kerana penekanan diberikan bagi memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjadi pelabur bijak ketika skim pelaburan palsu sedang berleluasa.
124
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA