Page 132 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 132
BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
Program Celik Kewangan InvestSmart® @SC
Setelah terhenti selama lebih tiga tahun sejak pandemik COVID-19, SC memulakan semula seminar literasi kewangan separuh hari suku tahunannya untuk orang awam. Seminar-seminar ini membuka peluang kepada peserta untuk memperoleh pengetahuan mengenai pengurusan kewangan yang berkesan, pelaburan, dan cara-cara untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan. Pada tahun 2023, sejumlah empat seminar telah diadakan di SC.
• Seminar pertama melibatkan Projek Belia Mahir, sebuah organisasi bukan kerajaan yang memobilisasikan usaha untuk membantu golongan belia yang dikategorikan sebagai NEET (Tidak Bekerja, Tidak Bersekolah & Tidak Mendapat Latihan) mencapai pendidikan tinggi dan latihan kemahiran (TVET). Seminar pada 16 Mac 2023, yang diadakan seiring dengan sambutan Global Money Week 2023 oleh OECD memberi impak kepada lebih 100 peserta latihan dan jurulatih belia NEET dari Projek Belia Mahir.
• Seminar kedua melibatkan kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk golongan warga emas berumur 55 tahun dan keatas. Acara tersebut telah diadakan pada 22 Jun 2023 dan melibatkan 72 ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dari seluruh Selangor.
• Seminar ketiga pada 30 Ogos 2023 telah diadakan dengan kerjasama dua organisasi bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA) dan Pepper Labs Sdn Bhd yang dihadiri oleh 109 peserta terdiri daripada wanita kumpulan B40.
• Seminar terakhir pada 31 Oktober 2023 telah diadakan dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki, di mana 62 peserta yang hadir terdiri daripada pengetua dan guru besar sekolah dari Lembah Klang. Secara serentak, seminar separuh hari itu juga disiarkan secara langsung di saluran YouTube InvestSmart® sebagai sebahagian daripada Siri Dalam Talian InvestSmart® pada suku tahun keempat tahun 2023, dengan 193 tontonan.
130 LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA