Page 139 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 139

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
  InvestSmart® @ Konvensyen Tahunan FIMM 2023
Pada 17 Oktober 2023, SC mengambil bahagian sebagai pempamer dan penceramah panel di FIMMAC 2023, sebuah acara pelaburan runcit tahunan anjuran FIMM.
Para hadirin acara tersebut terdiri daripada skim unit amanah (UTS) dan perunding PRS, ahli-ahli industri pengurusan pelaburan dan orang awam. Acara ini bertujuan untuk berkongsi, belajar, dan berbincang topik yang memberi impak merentasi industri UTS dan PRS. Acara itu menampilkan peserta pameran dan seminar mengenai topik berkaitan UTS dan PRS serta kuiz dan cabutan bertuah. Acara itu menarik 1,042 pengunjung.
InvestSmart® @ Seminar Pelaburan Saham #PAHANGNEXTWEALTH
Satu program pendidikan kewangan telah dianjurkan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah pada 21 Oktober 2023 di Kuantan, Pahang. Program ini bertujuan untuk meningkatkan celik kewangan dan pelaburan di kalangan rakyat Pahang. SC telah dijemput untuk memberi ceramah mengenai kesedaran anti-penipuan bertajuk ‘Silap Labur Duit Lebur’, yang menarik lebih 1,000 peserta.
InvestSmart® @ Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
Pejabat Perdana Menteri menganjurkan acara selama tiga hari dari 8 hingga 10 Disember 2023 di perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk berkomunikasi dan meningkatkan pemahaman orang ramai tentang dasar kerajaan. Semua Kementerian termasuk MOF telah dijemput untuk menyediakan reruainya pada majlis tersebut. SC, bersama-sama lima institusi lain/agensi di bawah MOF, menyertai MOF di reruai. MOF memaparkan mesej kesedaran anti penipuan SC sebagai tumpuan utama reruainya semasa acara tersebut. Acara itu menarik lebih 230,000 pengunjung.
    LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA   137


























































































   137   138   139   140   141