Page 215 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 215

                                  BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 atau agregat, sekiranya dijangkakan dengan munasabah boleh mempengaruhi keputusan ekonomi yang dibuat oleh pengguna berdasarkan penyata kewangan ini.
Sebagai sebahagian daripada pengauditan mengikut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan Piawaian Pengauditan Antarabangsa, kami menggunakan pertimbangan profesional dan mengekalkan keraguan profesional sepanjang pengauditan. Kami juga:
(a) Mengenal pasti dan menilai risiko salah nyata ketara dalam penyata kewangan SC, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, merangka dan melaksanakan prosedur audit yang responsif terhadap risiko berkenaan, serta mendapatkan bukti audit yang mencukupi dan bersesuaian untuk memberikan asas kepada pendapat kami. Risiko untuk tidak mengesan salah nyata ketara akibat daripada penipuan adalah lebih tinggi daripada yang disebabkan oleh kesilapan, kerana penipuan mungkin melibatkan pakatan, pemalsuan, ketinggalan yang disengajakan, representasi yang salah, atau mengatasi kawalan dalaman.
(b) Mendapatkan pemahaman mengenai kawalan dalaman yang relevan dengan audit untuk merangka prosedur audit yang bersesuaian dengan keadaan, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat mengenai keberkesanan kawalan dalaman SC.
(c) Menilai kesesuaian dasar perakaunan yang diguna pakai dan kemunasabahan anggaran perakaunan dan pendedahan berkaitan yang dibuat oleh ahli-ahli Lembaga.
(d) Membuat kesimpulan terhadap kesesuaian penggunaan asas perakaunan untuk usaha berterusan oleh ahli-ahli Lembaga dan, berdasarkan bukti audit yang diperoleh, sama ada wujudnya ketidakpastian ketara yang berkaitan dengan peristiwa atau keadaan yang mungkin menimbulkan keraguan yang signifikan terhadap keupayaan SC untuk terus beroperasi sebagai satu usaha berterusan. Jika kami membuat kesimpulan bahawa ketidakpastian ketara wujud, kami dikehendaki untuk menarik perhatian dalam laporan juruaudit kami terhadap pendedahan yang berkaitan dalam penyata kewangan SC atau, jika pendedahan terse but tidak mencukupi, pendapat kami akan diubah. Kesimpulan kami adalah berdasarkan bukti audit yang diperoleh sehingga tarikh laporan juruaudit kami. Bagaimanapun, peristiwa atau keadaan pada masa hadapan berkemungkinan menyebabkan SC berhenti untuk terus beroperasi sebagai satu usaha berterusan.
(e) Menilai persembahan secara keseluruhan, struktur dan kandungan penyata kewangan SC, termasuk pendedahannya, dan sama ada penyata kewangan SC mewakili asas-asas urus niaga dan peristiwa-peristiwa dengan cara yang memberikan gambaran saksama.
Kami berkomunikasi dengan ahli-ahli Lembaga mengenai, antara perkara lain, skop dan tempoh pengauditan yang dirancang dan penemuan audit yang signifikan, termasuk sebarang kelemahan signifikan dalam kawalan dalaman yang dikenalpasti semasa pengauditan kami.
PERKARA-PERKARA LAIN
Laporan ini disediakan khusus untuk ahli-ahli Lembaga, sebagai sebuah badan berkanun dan bukan untuk tujuan lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak lain bagi kandungan laporan ini.
   PRICEWATERHOUSECOOPERS PLT
LLP0014401-LCA & AF 1146 Akauntan Bertauliah
Kuala Lumpur 30 Januari 2024
MAHESH A/L RAMESH
03428/04/2025 J Akauntan Bertauliah
Nota: Jika terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris hendaklah diterima pakai.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 213
 
















































































   213   214   215   216   217