Page 235 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 235
BAHAGIAN 6 STATISTIK PASARAN
MODAL TEROKA DAN EKUITI SWASTA
JADUAL 1
Statistik peserta industri
Jumlah syarikat yang berdaftar adalah sebanyak 137 pada 31 Disember 2023 (Jadual 1). Segmen modal teroka terdiri daripada 113 syarikat pengurusan modal teroka (VCMC) dan syarikat modal teroka (VCC), manakala segmen ekuiti swasta terdiri daripada 24 syarikat pengurusan ekuiti swasta (PEMC) dan syarikat ekuiti swasta (PEC).
Pada penghujung 2023, tenaga kerja profesional berpengalaman sekurang-kurangnya 4 tahun adalah seramai 305 individu.
Jumlah dana komited dalam industri pada akhir 2023 adalah sebanyak RM11.00 bilion dan RM6.58 bilion masing-masing bagi ekuiti swasta dan modal teroka (Jadual 2), dengan jumlah bergabung sebanyak RM17.58 bilion.
2023
2022
Bilangan syarikat berdaftar
137
129
Bilangan VCMC dan VCC berdaftar
113
109
Bilangan PEMC dan PEC berdaftar
24
20
Tenaga kerja profesional1 VC dan PE
305
229
Nota:
Profesional berpengalaman sekurang-kurangnya 4 tahun.
JADUAL 2
Statistik utama industri (RM juta)
1
2023
2022
Ekuiti swasta
Modal teroka
Ekuiti swasta
Modal teroka
Jumlah dana komited bawah pengurusan [1]
11,000.01
6,581.14
10,711.59
5,372.93
Jumlah modal dikeluarkan [2]
8,899.53
4,551.23
7,644.83
3,868.54
Anggaran modal tersedia untuk pelaburan [3]=[1]-[2]
2,100.48
2,029.91
3,066.75
1,504.39
Jumlah syarikat pelaburan
63
392
68
186
Nota:
Statistik adalah berdasarkan jumlah yang dilaporkan sendiri oleh firma VC/PE berdaftar. Perkembangan tahun ke tahun mungkin berbeza.
Sebahagian besar sumber komitmen ekuiti swasta adalah daripada pelabur korporat (32.36%), pelabur individu dan perniagaan keluarga (19.45%), serta institusi kewangan (12.88%) (Carta 1).
Untuk modal teroka, agensi Kerajaan dan syarikat pelaburan (38.62%), dana kekayaan berdaulat (22.55%) dan pelabur korporat (19.73%) membentuk 3 sumber pembiayaan terbesar (Carta 2).
Tiga syarikat berdaftar terbesar berdasarkan jumlah komitmen pelabur pada akhir 2023 adalah Creador, Xeraya Capital dan MAVCAP.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 233