Page 42 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 42
BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
Semakan Tematik Mengenai Status Pematuhan Pengantara Pasaran Modal dengan Garis Panduan Tatalaku Pasaran dan Amalan Perniagaan untuk Penganalisis Pelaburan dan Penganalisis mereka
Pengantara yang dilesenkan untuk nasihat pelaburan memainkan peranan penting dalam industri pasaran modal kerana mereka memaklumkan pelabur mengenai peluang dan cabaran pelaburan yang berharga, melalui perkhidmatan penyelidikan mereka yang dijalankan.
Memandangkan peranan penting mereka dalam sektor itu, SC mengeluarkan Garis Panduan mengenai Kelakuan Pasaran dan Amalan Perniagaan untuk Penganalisis Pelaburan dan Penganalisis Mereka (Garis Panduan IA) pada Disember 2022 yang memperincikan prinsip teras dan piawaian minimum yang perlu dipatuhi oleh Penganalisis Pelaburan (IA). Susulan daripada pengeluaran garis panduan, penilaian telah dijalankan untuk memastikan status semasa pematuhan semua pemegang CMSL IA dengan keperluan Garis Panduan IA.
Penilaian yang dijalankan sebelum tarikh kuat kuasa Garis Panduan IA pada 8 Jun 2023, mendedahkan bahawa majoriti pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) IA telah berusaha untuk mematuhi keperluan Garis Panduan IA. Walau bagaimanapun, tahap pematuhan dalam industri perlu ditingkatkan lagi:
Pengurusan dan Penzahiran Konflik Kepentingan
Pengurusan situasi sebenar dan berpotensi konflik kepentingan (COI), yang merangkumi kawalan ke atas:
• had input ke atas ulasan pra-penerbitan oleh fungsi bukan penyelidikan;
• peristiwa di mana konflik tidak dapat dielakkan;
• pengaturan pertahanan ‘Chinese Wall’;
• struktur pengiraan semula; dan
• pengisytiharan berkala dan mengenai urus
niaga peribadi dan aktiviti dagangan ad hoc.
84%
Kualiti dan Kandungan Penyelidikan
Memastikan penyediaan maklumat berkualiti dalam perkhidmatan berkaitan penyelidikan, melalui kawalan yang meliputi:
• asas yang munasabah untuk sebarang cadangan, pendapat, dan sebagainya;
• pengawasan ke atas kualiti dan kandungan penyelidikan; dan
• pembetulan dan pemberitahuan kesilapan pasca penerbitan.
Kualiti dan Kandungan
73%
75%
Kerahsiaan
Konflik Kepentingan
Kerahsiaan Laporan Tidak Diterbitkan dan Cadangan Laporan Penyelidikan
Mengawal selia aliran maklumat yang berkaitan dengan laporan dan cadangan penyelidikan yang tidak diterbitkan dan dicadangkan, yang meliputi kawalan ke atas:
• halangan maklumat dan fizikal;
• pengurusan maklumat material bukan awam;
• proses semakan dan kelulusan yang jelas; dan
• penyebaran laporan yang adil.
Tahap ppematuhan pengantara yang berkaitan akan terus dipantau melalui pemantauan berterusan.
40 LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA