Page 70 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 70

                                BAHAGIAN 3 MEMPERKUKUH KEMAMPANAN DAN DAYA SAING PASARAN MODAL
 68
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSA
operator P2P sedia ada yang kebanyakannya memberi khidmat keperluan pembiayaan PKS. Untuk layak mendaftar, pemohon yang berminat harus menunjukkan keupayaan mereka untuk memudahkan penerbitan yang lebih besar, (melebihi RM5 juta), dan pembiayaan jangka panjang, (lebih dari 12 bulan).
Pendaftaran baharu telah menarik minat yang positif daripada pengendali pasaran yang berpotensi, dengan satu pengendali P2PMTC baharu yang didaftarkan oleh SC.
Membolehkan persekitaran cukai yang kondusif bagi merangsang penyertaan pelabur yang lebih besar dalam pasaran
ECF
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk merangsang pelaburan yang lebih besar dalam ECF oleh individu, kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2021 bahawa pelabur ECF individu akan diberikan pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada yang berikut:
• Pelaburan mesti dilaksanakan melalui platform ECF sejak 2021 hingga 2023;
• Jumlah yang boleh dikecualikan adalah bersamaan dengan 50% daripada hasil pelaburan, terhad kepada RM50,000 tunai bagi setiap tahun taksiran;
• Jumlah yang dikecualikan adalah terhadp kepada 10% daripada pendapatan agregat untuk tahun taksiran tersebut;
• Pelaburan tersebut tidak dibenarkan untuk dijual dalam tempoh dua tahun dari tarikh pelaburan; dan
• Pelabur, syarikat penerima pelaburan, dan jumlah pelaburan perlu disahkan oleh SC.
Bagi memberikan lebih kejelasan berkenaan syarat pelepasan cukai pendapatan dan untuk memudahcarakan permohonan oleh pelabur ECF yang layak bagi insentif cukai bermula tahun 2024, SC telah mengemaskini Guidelines of Recognized Markets (Garis Panduan RMO) pada 19 April 2023. Ia menetapkan
syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh pelabur ECF individu untuk tujuan memohon pelepasan cukai ECF, seperti yang ditetapkan dalam Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 4) Order 2022.
Garis panduan yang telah dikemas kini ini akan meningkatkan pemahaman pelabur ECF berkenaan syarat-syarat permohonan pelepasan cukai untuk pelaburan yang dibuat pada tahun 2021 hingga 2023, di samping memastikan daya tarikan industri ECF.
Mengukuhkan Keyakinan dalam pasaran pembiayaan alternatif melalui Dana Pelaburan Bersama Malaysia
MyCIF, inisiatif kerajaan Malaysia yang ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Bajet 2019, telah memupuk pertumbuhan dan keterangkuman dalam pembiayaan alternatif melalui ECF dan pembiayaan P2P.
“Ia bertujuan untuk berfungsi sebagai cara yang cekap dan telus untuk menyalurkan dana kerajaan kepada penerima yang dikehendaki di samping merangsang akses pembiayaan untuk PMKS. Ia juga bertujuan untuk mengumpulkan pelaburan swasta ke dalam platform ini,” kata Datuk Johan Mahmood Merican, Setiausaha Agung Perbendaharaan dan Ahli Jawatankuasa Pemandu MyCIF.
Dengan peruntukan agregat sebanyak RM250 juta sejak penubuhannya, inisiatif ini secara bersama melaburkan jumlah keseluruhan sebanyak RM930 juta melalui 54,695 kempen ECF dan setakat Disember 2023, dipadankan dengan sumbangan pelabur swasta yang mencapai RM3.82 bilion sejak penubuhan MyCIF.
Pada tahun 2023, MyCIF memperluaskan inisiatif khasnya untuk mempromosikan agenda pembangunan mampan dengan melanjutkan nisbah khas 1:2 untuk pelaburan bersama kepada segmen ESG terpilih selain inisiatif sedia ada untuk sektor pertanian, memperakui peranan pentingnya dalam pertumbuhan ekonomi tempatan.
Model pelaburan bersama awam dan swasta MyCIF adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini. Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membentuk akses pembiayaan yang lebih baik untuk PMKS.
 












































































   68   69   70   71   72