Page 74 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 74
BAHAGIAN 3 MEMPERKUKUH KEMAMPANAN DAN DAYA SAING PASARAN MODAL
Memperkukuh Daya Saing Pasaran Modal Islam dengan Menitikberatkan Intipati daripada Rupabentuk.
Komitmen untuk memberi tumpuan yang lebih kepada keperluan ekonomi (substance) dalam memastikan ICM kekal relevan dan berdaya tahan sejajar dengan evolusi landskap kewangan yang berkembang pesat, dan akhirnya mengukuhkan kedudukan daya saingnya dalam jangka panjang.
Komitmen ini mengutamakan prinsip asas dan nilai di sebalik transaksi kewangan serta produk dan bukan hanya sekadar mematuhi keperluan prosedur dan transaksi. Dari segi praktikal, adalah penting untuk sebarang keperluan yang wajar atau kepentingan relevan serta objektif transaksi selaras dengan pertimbangan etika yang lebih meluas dan matlamat kebajikan masyarakat.
Menuju ke hadapan, ICM menjangkakan untuk mengikuti dengan teliti prinsip dan aspirasi yang digariskan dalam Panduan.Usaha sedang dijalankan untuk memperkukuh ekosistem SRI sedia ada, yang terbukti dalam landskap kewangan sosial, melalui persepaduan dengan teknologi kewangan (fintech) dan juga instrumen kewangan Islam tradisional seperti wakaf.
Untuk menggunapakai Panduan dalam industri, lima institusi kewangan, iaitu Maybank Islamic Bhd, CIMB Islamic Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, HSBC Amanah Malaysia Bhd dan Standard Chartered Saadiq Bhd telah menyatakan komitmen mereka untuk menerima pakai Guidance in the Shariah Pronouncement of ICM Products yang diserahkan kepada SC. Ini akan menjadi salah satu manifestasi pelaksanaan Panduan dalam produk ICM, mengambil langkah ke arah menyelaraskan sifat sebenar kewangan Islam.
Dengan penyelarasan yang lebih dekat kepada maqasid al-Shariah, pasaran modal Islam berusaha untuk memupuk ekosistem yang inklusif dan kondusif bagi produk dan perkhidmatan.
72 LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSA