Page 16 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 16

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018







                        MEnJaJaRKan  KEWangan  MaMPan  DEngan  MaTLaMaT  PEMbangUnan  MaMPan

                        Di peringkat global, terdapat peningkatan perhatian terhadap keperluan untuk membuka pelaburan swasta bagi memenuhi
                        Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Kekurangan pembiayaan yang diperlukan untuk merealisasi SDG di negara-negara
                        membangun dianggarkan sebanyak US$5 hingga US$7 trilion pada setiap tahun sehingga 2030 . Walaupun pembiayaan
                                                                                                 4
                        kerajaan adalah penting, kebanyakan daripada pelaburan ini perlu mendapatkan sumber pembiayaan daripada sektor swasta.
                        Terdapat keperluan untuk memanfaatkan pasaran modal untuk menggerakkan pembiayaan bagi memenuhi keperluan
                        pendanaan SDG.

                        Ini boleh dicapai dengan menggalakkan pembangunan kewangan mampan yang menggabungkan kriteria ESG yang dijajarkan
                        kepada 17 SDG dalam keputusan pelaburan. Jadual 1 menjelaskan bagaimana rangka kerja SC dan piawaian ACMF dan
                        mengenai kewangan mampan dijajarkan dengan SDG.

                        Rangka kerja Sukuk SRI, bersama dengan ASEAN GBS, ASEAN SBS dan ASEAN SUS, memainkan peranan penting dalam
                        memudah cara keperluan pembiayaan pembangunan infrastruktur dan sosial rantau ini.  Bagi menunjukkan penjajaran
                        kategori projek di bawah rangka kerja dan piawaian ini kepada SDG UN, SC menyemak 17 SDG tersebut bagi mengenal pasti
                        mana-mana yang bersesuaian.  Daripada 17 SDG itu, 15 dianggap sesuai dengan kategori projek.

                        Jadual 1
                         Projek                         SDG
                         Rangka kerja Sukuk SRI
                         1. Sumber asli


                         2. Tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan
                          tenaga

                         3. Pembangunan komuniti dan ekonomi


                         4. Hartanah/aset wakaf


                         Piawaian Bon Hijau ASEAN

                         1. Tenaga boleh diperbaharui

                         2. Kecekapan tenaga


                         3. Pencegahan dan kawalan pencemaran

                         4. Pengurusan persekitaran lestari bagi
                          sumber asli hidup dan penggunaan tanah

                         5. Pemuliharaan biodiversiti tanah dan
                          akuatik






                        4    Anggaran Suruhanjaya Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD).




                   6  |  BAHAGIAN 1 »» MEMBOLEHKAN PERTUMBUHAN NILAI BERSAMA





              2-35 BM.indd   6                                                                                            3/1/19   5:10 PM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21