Page 10 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 10

                                  PERUTUSAN PENGERUSI
 PERUTUSAN PENGERUSI
Selaku Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), saya berbesar hati untuk membentangkan Laporan Tahunan SC bagi tahun 2023. Seperti yang dipaparkan pada muka hadapan Laporan Tahunan ini, 2023 amat istimewa kerana ia merupakan ulang tahun ke-30 SC. Ini merupakan satu pencapaian penting yang jelas memaparkan peningkatan kematangan dan daya tahan SC sebagai sebuah institusi.
Sempena ulang tahun ke-30 ini, kami juga telah menerbitkan dan melancarkan buku Capital Market in Malaysia – Past, Present, and Future. Buku ini, yang menampilkan wawancara khas daripada pengerusi SC sejak penubuhannya hingga kini, serta warga SC, melakar evolusi pasaran modal Malaysia. Buku ini juga merangkumi sorotan cabaran masa lalu, langkah-langkah dalam menangani kekangan yang dihadapi, serta prospek masa depan pasaran modal, termasuk dedikasi kami untuk memupuk pasaran modal yang berdaya tahan dan progresif.
DAYA TAHAN PASARAN DI TENGAH-TENGAH CABARAN YANG MELANDA
Pada tahun 2023, di samping menghadapi cabaran ekonomi global dan dasar monetari yang berbeza, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, didorong oleh aktiviti ekonomi dan pengantaraan tabungan.
Pasaran modal berkembang 5.6% kepada RM3.8 trilion pada 2023 berbanding 2022, sebahagian besarnya didorong oleh pasaran bon yang mantap. Industri pengurusan dana menyumbang kepada daya tahan pasaran modal Malaysia, dengan jumlah aset bawah pengurusan (AUM) mencecah paras tertinggi baharu sebanyak RM975.5 bilion, meningkat secara mendadak daripada RM906.5 bilion pada 2022, malah lebih tinggi daripada RM951.1 bilion yang dicatat pada 2021. Walaubagaimanapun, sama seperti kebanyakan pasaran di rantau ini, pasaran ekuiti tidak menunjukkan prestasi yang begitu baik pada 2023 disebabkan oleh tekanan global. FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI) merosot sebanyak 2.73% pada tahun tersebut. Namun begitu, perkembangan positif dalam pasaran saham kami selama dua bulan pertama 2024 adalah yang paling menggalakkan.
   Sambutan ulang tahun ke-30 SC pada 2023, mencerminkan kematangan dan kecekalan kami. Dengan ini, kami kekal komited
untuk memastikan kesinambungan pasaran modal yang pesat, meningkatkan kecekapan, daya saing, serta memudahcara akses untuk semua.
  8
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
 























































































   8   9   10   11   12