Page 12 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 12
PERUTUSAN PENGERUSI
SRI Taxonomy Plus-Standards untuk meningkatkan kejelasan semasa mengenal pasti aktiviti ekonomi.
Selain daripada itu, SC telah melaksanakan Panduan SRI untuk Pasaran Persendirian (SRI Guide for Private Markets) dan Garis Panduan Dana SRI yang disemak semula. Kami juga mahu PKS untuk mula ke arah penzahiran ESG, yang sememangnya penting jika mereka mempunyai pelanggan antarabangsa lebih-lebih lagi sekiranya mereka ingin maju ke arah penyenaraian. Untuk tujuan ini, SC telah memperkenalkan Panduan Penzahiran ESG Ringkas (Simplified ESG Disclosure Guide) untuk PKS. Kami juga telah mengembangkan rangka kerja dana borong untuk memasukkan pelaburan yang dibenarkan melangkaui aset konvensional semasa.
Walaubagaimanapun, kami bukan sahaja ingin membantu syarikat untuk beralih ke haluan yang lebih mampan. SC juga sedang berusaha untuk mengubah amalan kami sendiri, dan dengan itu, kami telah memulakan Inisiatif Kemampanan Pertama (SFI), sejajar dengan usaha berterusan untuk menggalakkan penggunaan inisiatif kemampanan dalam pasaran modal.
Amalan kemampanan dan tadbir urus korporat yang baik perlu berakar umbi dari dalam lembaga pengarah syarikat tersenarai di Malaysia. Oleh itu, kami telah memperkenalkan Program Peneraju Berimpak (LIP) untuk pengarah syarikat awam, bagi meningkatkan tadbir urus korporat dan amalan kemampanan mereka.
Kami percaya bahawa Malaysia harus mendayagunakan kekuatannya. Dengan itu, SC memanfaatkan kepimpinan kewangan Islam Malaysia, yang telah mengungguli Global Islamic Economy Indicator (GIEI) selama 10 tahun berturut-turut. Usaha kemampanan industri SC juga sejajar dengan inisiatif pasaran modal Islam (ICM), yang menggalakkan ekonomi yang inklusif dan saksama. Ini termasuk memanfaatkan potensi wakaf dan memperkenalkan Panduan Maqasid Al-Shariah untuk Pasaran Modal Islam Malaysia (Panduan). Prinsip universal dalam Panduan ini dirumus untuk meningkatkan kelebihan daya saing ICM serta memperkukuh impak sosial dan ekonominya.
MEMELIHARA INTEGRITI PASARAN
Tunjang kepada misi kami ialah komitmen yang teguh untuk memelihara integriti pasaran. SC memandang serius terhadap pelanggaran undang-undang sekuriti. Sepanjang 2023, SC telah mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang, mencapai kejayaan dalam kes-kes dagangan orang
dalam, penipuan sekuriti dan kesalahan yang berkaitan dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Sebagai contoh, pada awal 2024, kami memulakan prosiding jenayah terhadap individu yang terlibat dalam dakwaan kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM183.5 juta. Pada masa ini, kami sedang giat meneruskan 32 kes yang sedang berjalan dalam pelbagai peringkat prosiding undang- undang. Kami turut komited untuk mengekalkan kepercayaan dan memberi pampasan kepada pelabur yang terjejas. Melalui saman sivil dan penyelesaian kawal selia yang berjaya, kami telah mengenal pasti sejumlah RM4.5 juta untuk dikembalikan.
Matlamat kami adalah untuk memastikan pelabur diperkasa dengan maklumat dan pendidikan yang diperlukan untuk membuat keputusan pelaburan termaklum. Untuk memerangi aktiviti tidak berlesen dan penipuan, kami telah meningkatkan pendekatan pengawasan dan komunikasi strategik kami. Pada 2023, kami menubuhkan Pasukan Petugas dalaman untuk memberi lebih tumpuan kepada penipuan dan aktiviti tidak berlesen. Melalui inisiatif ini, kami melancarkan instrumen mesra pengguna, seperti laman Senarai Peringatan Pelabur dan ‘Meter Penipuan’, yang membantu pelabur untuk kekal bermaklumat dan sentiasa berwaspada dengan penipu. Kami juga memperkenalkan portal baharu, ‘Investment Checker’ (Pemeriksa Pelaburan) yang menyediakan kaedah yang lebih pantas dan mudah bagi pelabur mengesahkan kesahihan aktiviti yang dikawal selia.
Kami memerlukan strategi proaktif untuk menangani ancaman penipuan pelaburan dan aktiviti tidak berlesen yang semakin meningkat. Justeru, SC melancarkan unit khusus untuk memerangi penipuan kewangan, bagi membantu meningkatkan kesedaran pelabur dan perlindungan pelabur. Namun, walaupun kita berjuang untuk kepentingan mereka, para pelabur juga mesti berhati-hati dan bertanggungjawab penuh terhadap keputusan pelaburan mereka.
MENGGALAKKAN INOVASI DIGITAL
Kami menggalakkan idea, penyelesaian baharu serta kemajuan dalam teknologi digital dalam pasaran modal Malaysia. SC memberi tumpuan untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan digital dan dalam talian dengan menggalakkan peserta pasaran untuk menerima pakai keupayaan digital yang inovatif, yang menjurus kepada pertumbuhan dan pembangunan yang lebih
10
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA