Page 115 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 115

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
 Menginstitusikan Tadbir Urus Syariah
 Nadwah Penasihat Syariah dalam Pasaran Modal Islam SC
Nadwah Penasihat Syariah dalam Pasaran Modal Islam 2023 SC (SC Nadwah) julung kali diadakan bersama pengamal industri, ahli jawatankuasa Syariah, penasihat Syariah berdaftar SC dan pihak berkepentingan ICM. Acara itu menekankan dedikasi SC untuk memajukan pengetahuan Syariah gunaan dan memupuk penyelesaian Syariah yang inovatif dalam persaudaraan ICM.
SC Nadwah memberi peserta pandangan tentang resolusi terkini Majlis Penasihat Syariah (MPS) dan kemas kini peraturan dalam ICM. Ia juga memberi tumpuan tentang meningkatkan profesionalisme dan kecekapan penasihat Syariah dengan memudahcarakan sesi panel interaktif. Selaras dengan objektif SC untuk mengembangkan komuniti penasihat Syariah, SC Nadwah akan terus diadakan setiap tahun pada masa hadapan.
  Membangun Pasaran Modal Yang Mampan
Kepentingan bagi usaha SC dalam merangka dasar SRI dan memupuk pasaran modal yang mampan adalah penglibatan aktifnya dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk penggubal dasar awam. Penglibatan ini memastikan penjajaran antara objektif strategik SRI dengan dasar dan komitmen negara yang lebih luas ke arah pembangunan mampan dan matlamat iklim.
Jawatankuasa Bersama Perubahan Iklim
Jawatankuasa Bersama Perubahan Iklim (JC3), di mana SC dan BNM adalah Pengerusi Bersama, terus terlibat secara aktif dan bekerjasama dengan kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan serta persatuan industri untuk menggalakkan penjajaran yang lebih baik dalam tindak balas sektor kewangan terhadap risiko berkaitan iklim dengan strategi nasional dan perniagaan. Penglibatan sedemikian telah dijalankan melalui platform seperti mesyuarat, sesi jangkauan dan persidangan. Terutamanya, dua sesi jangkauan telah diadakan masing-masing pada bulan Jun dan November 2023 untuk menyediakan platform kepada pemain industri berkongsi pengalaman mereka dalam perjalanan bersih sifar mereka menyokong peralihan Malaysia kepada ekonomi rendah karbon.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 113
 
























































































   113   114   115   116   117