Page 116 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 116

                                BAHAGIAN 4 LIBAT URUS STRATEGIK BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
  Persidangan Perjalanan Kepada Sifar JC3 2023
JC3, yang dipengerusikan bersama oleh SC dan BNM, menganjurkan acara perdana dwitahunan ke-duanya, Persidangan Perjalanan Kepada Sifar JC3 2023 (Persidangan), pada 23 ke 25 Oktober 2023 di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Persidangan hibrid itu mengumpulkan lebih daripada 3,000 peserta terdiri daripada pengawal selia, pakar iklim, peguam bela, pengamal dan penggubal dasar. Ia bertujuan menggalakkan dialog dan penyelesaian dalam membiayai peralihan dan kemajuan Malaysia ke arah pembangunan mampan.
Pengerusi SC dan Gabenor BNM menyampaikan ucapan alu-aluan pada Persidangan itu. Pengerusi SC menekankan peranan pasaran modal dalam memudahkan pengumpulan dana dan pelaburan untuk mencapai matlamat kemampanan dan iklim dalam peralihan negara kepada sifar bersih. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)1 juga menyampaikan ucapan utama di mana beliau menekankan bahawa Kerajaan, berpandukan rangka kerja fokus kemampanan Malaysia Madani dan Ekonomi MADANI, telah melaksanakan langkah untuk menyumbang kepada tindakan iklim dan transformasi ekonomi.
Persidangan itu menampilkan lebih 80 penceramah dari seluruh dunia yang berkongsi pengalaman mereka dalam mengurus risiko berkaitan iklim dan membuka kunci peluang pembiayaan yang inovatif untuk memenuhi tindakan iklim yang bercita-cita tinggi. Pengarah Eksekutif Pembangunan Pasaran mempengerusikan sesi panel bertajuk ‘Drawing Global Private Capital: Catalyst for Global Transformation’, memfokuskan pada perbincangan tentang pelaburan iklim dalam pasaran baru muncul, merangkumi pertimbangan pelaburan, pemboleh, kisah kejayaan dan cabaran.
JC3 juga mengumumkan lima inisiatif utama untuk mempercepatkan peralihan perniagaan dan petani ke arah amalan rendah karbon di Persidangan. Ini menggariskan komitmen JC3 untuk meneruskan tindakan iklim yang dipercepatkan dan menekankan peranan kritikal industri kewangan dalam membolehkan agenda yang mampan untuk negara. Inisiatif utama yang diumumkan termasuk Zon-Zon Perindustrian Penghijauan, program Penghijauan Rantaian Nilai dengan Bursa Malaysia, skim jaminan portfolio RM1 bilion untuk pembiayaan ESG, portal permulaan ESG dan Green AgriTech.
Sempena persidangan itu, JC3 menjadi tuan rumah siding meja bulat dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi British (BHC) mengenai potensi kerjasama antara UK dan negara anggota ASEAN untuk mempromosikan kewangan hijau di rantau ini, di mana Pengerusi Bersama JC3 dan BHC Chargé d’affaires mengetuai perbincangan meja bulat. Di samping itu, SC sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil 3 (SC3) JC3 menganjurkan satu lagi meja bulat dengan Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) yang mengumpulkan pemegang kepentingan utama untuk meneroka pemboleh peralihan tenaga Malaysia, seperti dasar dan peraturan, perkongsian awam-swasta dan pembiayaan melalui pasaran sukuk dan bon Malaysia.
     114
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
1
Kementerian ini kini dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar.
 























































































   114   115   116   117   118