Page 13 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 13

                                  besar dalam pasaran. Beberapa inisiatif penting kami dalam bidang ini termasuk dana DIGID sebanyak RM30 juta yang bertujuan untuk memangkin transformasi digital dan inovasi yang lebih besar dalam ekosistem pasaran modal, manakala FIKRA ACE khusus untuk mengembangkan sektor fintech Islam dan kumpulan bakatnya.
Dengan perkembangan pesat teknologi digital, mengharungi kerumitan komunikasi dan peranti digital semakin mencabar. Sebagai contoh, kita perlu meningkatkan keupayaan forensik digital untuk menangani pelanggaran dan kesalahan undang-undang sekuriti dengan berkesan. Itulah sebabnya kami telah menubuhkan Makmal Forensik Digital, sebuah pusat khusus yang ditempatkan di SC untuk mengukuhkan keupayaan penyiasatan kami dan kekal di hadapan dalam penyiasatan jenayah digital.
Di samping SC terus menggalakkan penggunaan Teknologi Kawal Selia (RegTech) dalam industri dengan lebih meluas, SC juga mengambil pendekatan proaktif dengan menggunakan Teknologi Penyeliaan (SupTech) dan analitik data. Dengan memanfaatkan instrumen digital ini, kami menyasarkan untuk memperkemas proses dan menangani cabaran baharu muncul dalam era digital yang dinamik ini.
MEMANDANG KE HADAPAN
SC kekal tidak berbelah bahagi dalam keazaman kami untuk mengukuhkan rangka kerja kawal selia kami dan menegakkan integriti pasaran, apatah lagi kerana kami terus diukur menurut piawaian kawal selia global. Malah, Malaysia, sebagai sebuah negara termasuk pasaran modalnya akan tertakluk kepada penilaian Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) pada tahun 2025.
Kami juga akan kekal meneruskan aktiviti libat urus dan kolaborasi. Dengan mewujudkan perkongsian bersama pihak berkepentingan industri serta badan kawal selia tempatan dan global, kami secara kolektif dapat menangani cabaran yang muncul. Selain itu, sesi dialog secara berterusan dan inisiatif perkongsian pengetahuan akan membolehkan kami untuk mengikuti perkembangan dan menerima pakai amalan terbaik global ke dalam rangka kerja kawal selia kami dengan sewajarnya.
Kami juga akan melabur dalam pembangunan dan pengekalan bakat. Program seperti investED yang dilancarkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kini sedang dijalankan untuk memupuk generasi peneraju pasaran modal akan datang.
Ketika kami giat memupuk bakat, adalah penting untuk menyediakan peluang pembelajaran berterusan serta meningkatkan kemahiran. Ini perlu dicapai melalui kerjasama dengan institusi pendidikan dan pakar industri, menawarkan kursus khusus yang disesuaikan dengan keperluan industri. Selain itu, inisiatif seperti Program Mentor Syariah mampu membantu memberikan bimbingan dan sokongan kepada bakal profesional dalam industri pasaran modal.
Tambahan pula, komitmen kami terhadap keterangkuman diperluaskan untuk menyokong pendidikan peringkat pengajian tinggi. Kami sedang bekerjasama dengan industri untuk menubuhkan dan melancarkan ‘Tabung Kebajikan Pasaran Modal’ untuk pelajar universiti B40 yang layak menjelang tahun 2024.
Semua pencapaian dan aspirasi ini bertitik-tolak daripada komitmen dan profesionalisme padu kakitangan SC, di mana saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan terhadap mereka. Kemajuan kami telah diperkukuhkan lagi dengan buah fikiran dan pandangan berharga daripada Ahli Lembaga kami yang berpengalaman. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Cik Lynette Yeow Su-Yin dan Datin Rashidah Mohd Sies, serta mengalu- alukan Dato’ Alizatul Khair Osman Khairuddin, Dato’ Mohd Faiz Azmi, Encik Kemal Rizadi Arbi dan Datuk Dr. Shahrazat untuk menganggotai Lembaga SC. Sokongan yang tidak berbelah bahagi dan perspektif bermakna yang diperoleh melalui libat urus bersama peneraju industri dan rakan sejawatan antarabangsa kami telah memberi manfaat kepada kami dalam mengukuhkan pasaran modal Malaysia dan memacu pasaran modal kami ke tahap yang lebih tinggi.
Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin
PERUTUSAN PENGERUSI
   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 11
 





















































































   11   12   13   14   15