Page 184 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 184

                                 BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 (b) Asas pengukuran
Penyata kewangan SC disediakan mengikut asas kos sejarah, kecuali yang dinyatakan dalam Nota 3.
(c) Matawang fungsi dan pembentangan
Penyata kewangan ini dibentangkan dalam Ringgit Malaysia (RM), yang merupakan mata wang fungsi SC. Semua maklumat kewangan dinyatakan dalam RM dan dibundarkan kepada nilai ribu terdekat, melainkan dinyatakan sebaliknya.
(d) Penggunaan anggaran dan pertimbangan
Penyediaan penyata kewangan dalam pematuhan dengan MFRS memerlukan pengurusan membuat pertimbangan, anggaran dan andaian yang menjejaskan pemakaian dasar perakaunan dan amaun aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan yang dilaporkan. Keputusan sebenar mungkin berbeza daripada anggaran ini.
Anggaran dan andaian asas disemak secara berterusan. Penyemakan anggaran perakaunan dikira dalam tempoh yang anggaran tersebut disemak dan dalam mana-mana tempoh akan datang yang berkenaan.
Tidak terdapat perkara ketidakpastian ketara pada anggaran dan pertimbangan kritikal dalam mengguna pakai dasar perakaunan yang mempunyai kesan ke atas amaun yang dikira dalam penyata kewangan kecuali seperti yang berikut:
(i) Manfaat persaraan
Peruntukan ini ditentukan dengan penilaian aktuari yang disediakan oleh aktuari bebas. Penilaian aktuari melibatkan andaian mengenai kadar diskaun, kadar inflasi perubatan, umur persaraan dan jangka hayat. Oleh itu, jumlah peruntukan anggaran ini tertakluk kepada ketidakpastian yang ketara. Andaian yang digunakan untuk menganggarkan peruntukan adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 13.
(ii) Pengiktirafan cukai tertunda
Dalam tahun kewangan semasa, SC telah diberikan pengecualian cukai selama 5 tahun dari Tahun Taksiran (TT) 2022 sehingga TT 2026. Oleh itu, penggunaan elaun modal yang tidak diserap dan kerugian cukai yang tidak digunakan terhadap pendapatan perniagaan SC adalah tidak pasti. Sehubungan ini, aset cukai tertunda dinyahiktiraf dalam tahun kewangan 2023.
(iii) Mempermodalkan perbelanjaan dalam aset berkaitan teknologi
SC telah melaksanakan pelan transformasi teknologi yang melibatkan pembelian perkakasan komputer, perisian dan membangunkan aplikasi. Kos pembangunan yang dikaitkan secara langsung untuk penjanaan aset dipermodalkan manakala perbelanjaan semasa peringkat penyelidikan telah dibelanjakan.
(iv) Anggaran hayat berguna untuk aset yang dikenal pasti
Sehubungan pelaksanaan pelan transformasi teknologi secara berperingkat, anggaran hayat berguna perkakasan dan sistem komputer yang baru diperolehi dianggarkan selama 5 tahun seperti yang dinyatakan dalam Nota 3(b)(iii).
182   LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

















































































   182   183   184   185   186