Page 185 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 185
BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
3. DASAR-DASAR PERAKAUNAN MATERIAL
SC mengguna pakai pindaan kepada MFRS 101, Pembentangan Penyata Kewangan dan – Pendedahan Dasar Perakaunan mulai 1 Januari 2023. Pindaan memerlukan pendedahan dasar perakaunan ‘material’, dan bukannya ‘utama’. Pindaan ini juga memberikan panduan mengenai penerapan materialiti untuk pendedahan dasar perakaunan, membantu entiti untuk memberikan maklumat dasar perakaunan khusus entiti yang berguna di mana pengguna perlu memahami maklumat lain dalam penyata kewangan.
Maklumat dasar perakaunan material didedahkan dalam nota masing-masing kepada penyata kewangan jika berkaitan.
Dasar perakaunan yang dinyatakan di bawah telah diguna secara konsisten dalam tempoh yang dibentangkan dalam penyata kewangan ini, dan telah diguna secara konsisten oleh SC, melainkan dinyatakan sebaliknya.
(a) Instrumen kewangan
(i) Pengiktirafan dan pengukuran awal
Aset kewangan atau liabiliti kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila, dan hanya apabila, SC menjadi pihak kepada peruntukan kontrak instrumen tersebut.
Aset kewangan (melainkan jika adalah penghutang perdagangan tanpa komponen pembiayaan penting) atau liabiliti kewangan pada awalnya diukur pada nilai saksama tambah atau tolak, untuk item yang tidak pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian, kos transaksi yang berkaitan secara langsung dengan pengambilalihan atau terbitannya. Penghutang perdagangan tanpa komponen pembiayaan penting pada awalnya diukur pada harga transaksi.
(ii) Kategori instrumen kewangan dan pengukuran berikutnya
Aset kewangan
Kategori aset kewangan ditentukan berdasarkan pengiktirafan awal dan tidak dikelaskan semula selepas pengiktirafan awalnya melainkan SC mengubah model perniagaannya untuk menguruskan aset kewangan yang mana semua aset kewangan yang terlibat diklasifikasikan semula pada hari pertama tempoh pelaporan pertama berikutan perubahan daripada model perniagaan. SC mengklasifikasikan aset kewangannya dalam kategori ukuran berikut
• Kos terlunas; dan
• Nilai saksama melalui untung atau rugi (FVTPL).
Kos terlunas
Kategori kos terlunas terdiri daripada instrumen kewangan yang dipegang dalam model perniagaan di mana objektif adalah untuk memegang aset bagi mengumpul aliran tunai kontraktual dan terma kontraknya menimbulkan tarikh tertentu kepada aliran tunai yang semata- mata untuk pembayaran prinsipal dan faedah ke atas jumlah prinsipal yang belum dijelaskan. Berikutan pengiktirafan awal, aset kewangan ini diukur pada kos pelunasan menggunakan kaedah faedah berkesan. Kos yang dilunaskan dikurangkan dengan kerugian kemerosotan nilai. Pendapatan faedah, kemerosotan nilai dan sebarang keuntungan atau kerugian atas pembatalan pengiktirafan diiktiraf dalam untung atau rugi.
Pendapatan kewangan diiktiraf dengan menggunakan kadar faedah berkesan kepada jumlah bawaan kasar kecuali bagi aset kewangan terjejas kredit (lihat Nota 3 (f)(i)) di mana kadar faedah berkesan digunakan untuk kos yang dilunaskan.
Nilai saksama melalui untung rugi (FVTPL)
Aset kewangan yang tidak memenuhi kriteria untuk kos terlunas atau nilai saksama melalui pendapatan komprehensif lain (FVOCI) diukur pada FVTPL.
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 183