Page 187 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 187

                                  (b) Hartanah, kelengkapan and peralatan
(i) Pengiktirafan dan pengukuran
Item hartanah, kelengkapan dan peralatan dinyatakan pada kos tolak apa-apa susut nilai terkumpul dan apa-apa rosot nilai terkumpul.
Kos termasuk perbelanjaan yang secara langsung menyebabkan pemerolehan aset dan apa-apa kos lain yang secara langsung membawa aset kepada keadaan bekerja bagi kegunaan yang dirancang, dan kos merungkai dan menanggalkan item tersebut dan memulihkan tapak tempat ia diletakkan. Perisian yang dibeli yang penting kepada kefungsian kelengkapan yang berkaitan dipermodalkan sebagai sebahagian daripada peralatan tersebut.
Apabila bahagian ketara, jika ada, bagi satu-satu item hartanah, kelengkapan dan peralatan mempunyai hayat berguna yang berbeza, ia dikira sebagai item berasingan (komponen utama) bagi hartanah, kelengkapan dan peralatan.
Keuntungan dan kerugian bagi jualan item hartanah, kelengkapan dan peralatan ditentukan dengan membandingkan hasil daripada jualan dengan amaun bawaan bagi hartanah, kelengkapan dan peralatan dan dikira bersih dalam pendapatan lain’ dan ‘perbelanjaan lain’, masing-masing dalam keuntungan dan kerugian.
(ii) Kos berikutan
Kos menggantikan sebahagian daripada unit hartanah, kelengkapan dan peralatan dikira dalam amaun bawaan bagi unit tersebut jika ada manfaat ekonomi akan datang yang berkemungkinan terangkum dalam komponen tersebut, akan mengalir kepada SC dan kosnya dapat diukur dengan pasti. Amaun bawaan bagi komponen yang diganti dibatalkan pengiktirafan dalam keuntungan atau kerugian. Kos penyelenggaraan harian hartanah, kelengkapan dan peralatan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian semasa ia berlaku.
(iii) Susut nilai
Susut nilai dikira berdasarkan kos aset tolak nilai bakinya. Komponen ketara aset individu dinilai, dan jika suatu komponen mempunyai hayat berguna yang berbeza daripada baki aset, maka komponen tersebut disusut nilai berasingan.
Susut nilai dikira dalam keuntungan atau kerugian berdasarkan kaedah garis lurus bagi anggaran hayat berguna bagi setiap komponen unit hartanah, kelengkapan dan peralatan dari tarikh ia tersedia untuk digunakan. Kelengkapan dan peralatan masih dalam pembinaan tidak disusutnilai sehingga aset tersebut sedia digunakan.
Anggaran hayat berguna bagi hartanah, kelengkapan dan peralatan adalah seperti yang berikut:
Bangunan
Peralatan pejabat, perabut dan kelengkapan Kenderaan bermotor
Komputer dan sistem aplikasi
2023
50 tahun 5-10 tahun 5 tahun 3-5 tahun
Kaedah susut nilai, tempoh hayat berguna dan nilai baki disemak pada penghujung tempoh pelaporan dan dilaraskan menurut kesesuaian.
(c) Aset tidak ketara
(i) Perisian komputer
Perisian komputer diukur awal pada kos. Kos yang diiktiraf adalah kos (termasuk kos kakitangan) secara langsung berkaitan dengan perisian boleh dikenal pasti yang dikawal oleh SC yang akan menjana keberangkalian manfaat ekonomi masa depan. Berikutan pengiktirafan awal, perisian
BAHAGIAN 5 INFORMASI ORGANISASI
 LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 185
 











































































   185   186   187   188   189