Page 30 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 30

                                BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
 BAHAGIAN 2
PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
PENGENALAN
Misi SC adalah untuk menggalakkan dan mengekalkan pasaran modal yang adil, cekap, terjamin dan telus melalui fungsi pengawalseliaannya, yang terdiri daripada penggubalan peraturan, fungsi pengawalan, pemantauan, pengawasan, pengendalian aduan dan penguatkuasaan. Bahagian ini menyediakan laporan tentang aktiviti pengawalseliaan utama SC pada tahun 2023, yang disokong oleh pemantauan risiko proaktif untuk mengenal pasti bidang keutamaan dan membolehkan SC menumpukan usaha dan sumbernya secara optimum.
     PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN RISIKO SISTEMIK
Walaupun terdapat perkembangan dalam pasaran kewangan global berikutan harga tenaga yang lebih rendah dan kadar pengetatan monetari yang lebih perlahan, pasaran modal kekal sensitif terhadap potensi kemerosotan dalam asas ekonomi seperti inflasi teras yang terus meningkat dan ketegangan geopolitik yang berlarutan. Berlatarbelakangkan situasi ini, SC kekal berwaspada terhadap potensi risiko penurunan yang mungkin menimbulkan ancaman kepada kestabilan sistemik pasaran modal Malaysia.
Pada 2023, SC mempertingkatkan lagi rangka kerja tadbir urus risiko di seluruh organisasinya untuk memudahcarakan pendekatan yang lebih diperkemas dan tersusun. Di bawah rangka kerja ini, Jawatankuasa Pemantauan Risiko Sistemik (SROC) disokong oleh Jawatankuasa Risiko Pasaran (MRC) dan Jawatankuasa Risiko Teknologi dan Keselamatan Siber (TCRC) (Rajah 1). SROC kerap mengadakan perbincangan untuk membincangkan bidang-bidang yang menimbulkan kebimbangan untuk mengelakkan peningkatan risiko sistemik dalam pasaran modal.
SC mengadakan kerjasama libat urus bersama pengawal selia lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) untuk mengenal pasti kebimbangan risiko sistemik yang mungkin memberi kesan kepada pasaran modal Malaysia. Isu-isu yang dibincangkan termasuk kegawatan
RAJAH 1
Struktur tadbir urus risiko sistemik
Jawatankuasa Pemantauan Risiko Sistemik
     28
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Jawatankuasa Risiko Pasaran
Jawatankuasa Risiko Teknologi dan Keselamatan Siber
perbankan global pada Mac 2023, inflasi berterusan dan risiko ESG. Libat urus sedemikian membolehkan tindak balas antara agensi yang lebih tepat pada masanya dan lebih diselaraskan, apabila diperlukan. Pasaran ekuiti dan bon domestik, aliran dana asing dan penyertaan perdagangan juga dipantau untuk mengenal pasti potensi titik tekanan.
Pada tahun 2023, SC menyemak dan meningkatkan rangka kerjanya untuk mengurus krisis pasaran modal melalui Rangka Kerja Pengurusan Krisis yang menyediakan proses dan panduan operasi yang jelas yang bermatlamat memberi penyelarasan respons yang baik dalam SC terhadap krisis. Memandangkan perubahan yang ketara dalam dinamik pasaran pasca wabak COVID-19, Program Kesediaan dan Pengurusan Krisis Pasaran Modal selama tiga hari telah dianjurkan secara bersama dengan Toronto Centre untuk mengukuhkan kesediaan seluruh organisasi SC. Program ini bermatlamat untuk memastikan kecukupan dan keberkaitan kesediaan krisis organisasi di samping
 
















































































   28   29   30   31   32