Page 38 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 38

                                BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
 profesional PLC lain yang terlibat untuk pencarian fakta selanjutnya. Libat urus ini juga mengingatkan para pengarah tentang keperluan untuk bertindak secara konsisten demi kepentingan terbaik syarikat dan pemegang saham mereka.
Semakanpemantauanyangdijalankanmengetengahkan beberapa kebimbangan yang berkaitan dengan penzahiran, penggunaan dana yang diperoleh dan pemakaian piawaian pelaporan kewangan. Jika penyelewengan atau kemungkiran pelanggaran undang-undang sekuriti dikesan, ia dimajukan untuk siasatan rasmi dan/atau tindakan penguatkuasaan. Sekiranya perlu, Bursa Malaysia juga terlibat dalam hal yang memerlukan perincian yang mendalam sebagai pengawalselia.
Pada 2023, SC memperkukuh pendekatan pengawasannya, dengan menyasarkan kepada bidang kajian khusus yang dititikberatkan, dimana terdapat hasil yang berkesan dan cekap dalam menyerlahkan potensi pendedahan salah laku. Hasil daripada pendekatan yang disasarkan tersebut, 166 tinjauan terhadap potensi salah laku korporat telah diselesaikan (2022: 317 tinjauan) dengan lapan kes dirujuk untuk siasatan rasmi (2022: 4 kes).
Memupuk Pematuhan Terhadap Peraturan Pengambilalihan dan Penggabungan
Sebagai sebahagian daripada mandatnya, SC juga memantau dengan teliti pematuhan terhadap keperluan pengambilalihan untuk mengesan salah laku dan pelanggaran yang boleh menjejaskan kepentingan orang ramai yang melabur. Pada 2023, SC telah mengenakan sekatan yang terdiri daripada arahan untuk menjual saham, penalti RM500,000 dan teguran terhadap pihak tertentu kerana gagal melaksanakan tawaran pengambilalihan mandatori berikutan pemerolehan saham yang melebihi had rayap, iaitu melebihi 2.0% daripada saham mengundi dalam tempoh enam bulan. Di samping itu, SC juga telah mengeluarkan Notis Pelanggaran kerana ketidakpatuhan lain yang dikesan termasuk mengemukakan permohonan untuk pengecualian selepas kewajipan tawaran mandatori tercetus dan ketidakpatuhan berkaitan dengan urusan dalam sekuriti ketika tempoh tawaran dan/atau penzahiran maklumat kepada SC (Jadual 17).
JADUAL 17
Hasil pemantauan
Nota:
* Statistik juga dinyatakan di bawah tindakan pentadbiran (Jadual 25)
dan Notis Pelanggaran (Jadual 26) di bawah SC.
Selanjutnya, SC berusaha untuk mengesan secara awal isu-isu utama dalam pengambilalihan dan urus niaga lain yang berkaitan dengan menggalakkan perundingan awal untuk menjelaskan pemakaian Kod/Peraturan yang mentadbir urus niaga tersebut. Pada 2023, perundingan dengan SC melibatkan pelbagai aspek peraturan pengambilalihan termasuk mengenai penawar utama, penawar bersama dan pihak yang berkaitan, yang mencetuskan kewajipan tawaran mandatori dan kelayakan untuk pengecualian, syarat dan prasyarat untuk tawaran, tawaran yang menguntungkan dan kekecewaan tawaran, sekatan berikutan tawaran dan kemungkinan tawaran, membatalkan urus niaga berhubung prosedur whitewash dan pertanyaan am lain. Melalui proses perundingan, SC memupuk persekitaran yang kondusif untuk SC memberikan penjelasan dan panduan yang relevan, dengan matlamat untuk meningkatkan pematuhan pihak berkepentingan terhadap keperluan kawal selia untuk transaksi pengambilalihan dan penggabungan.
Pada 2023, SC dan Bursa Malaysia juga mengadakan dialog berasingan dengan BOD syarikat untuk disenaraikan di Pasaran Utama atau Pasaran ACE mengenai keperluan penting yang harus dipatuhi oleh syarikat tersenarai, termasuk peraturan pengambilalihan utama, sebelum penyenaraian syarikat itu. Inisiatif ini berfungsi sebagai forum penting untuk menyebarkan keperluan kawal selia yang penting dan meningkatkan pemahaman yang lebih baik dalam kalangan syarikat yang baru disenaraikan.
Selain daripada interaksi SC dengan penasihat semasa semakan permohonan atau perundingan, SC juga mengadakan libat urus bersama pengamal untuk membincangkan isu-isu yang rumit dan untuk menjelaskan jangkaan mengenai pematuhan keperluan pengambilalihan. Pada 28 Julai 2023, mesyuarat kumpulan fokus telah diadakan antara SC, Bursa Malaysia dan 20 firma guaman yang mengambil bahagian untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan kewangan korporat dan pelaburan, termasuk pengambilalihan dan penggabungan. Selanjutnya, pada 5 Oktober 2023, SC menganjurkan dialog mengenai isu-isu terkini pengambilalihan dan penggabungan, yang dihadiri oleh wakil daripada 26 firma penasihat dan Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA). Libat urus ini membolehkan SC kekal berwaspada dan fokus kepada pihak berkepentingan dalam memastikan pengawalseliaan aktiviti pengambilalihan di Malaysia kekal sejajar dengan landskap pasaran yang semakin berkembang.
Secara ringkasnya, pendekatan pelbagai aspek SC yang melibatkan pemantauan proaktif, perundingan, dialog pendidikan dan libat urus bersama pengamal menunjukkan komitmennya dalam mengekalkan
 Hasil pemantauan
  2023
2022
 Tindakan pentadbiran*
    1
  2
 Notis Pelanggaran*
   5
  5
  36
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
 








































































   36   37   38   39   40