Page 39 - SC Laporan Tahunan 2023 Flipbook
P. 39
pasaran yang adil dan dikawal selia dengan baik sejajar dengan landskap pasaran yang berkembang di Malaysia dan menekankan keberkesanannya dalam mengawal selia aktiviti pengambilalihan.
Mengekalkan Pasaran yang Adil dan Teratur Melalui Pemantauan Proaktif
Tonggak utama pendekatan SC kepada pemantauan pasaran melibatkan penyeliaan yang dipertingkat ke atas aktiviti dagangan yang meliputi perkembangan korporat yang material. Ini adalah penting bagi pengesanan aktiviti dagangan orang dalam yang berpotensi yang menjejaskan integriti pasaran and akses yang saksama kepada maklumat oleh pelabur awam. Bagi memastikan pencapaian ini, SC secara aktif sentiasa mengikuti perkembangan korporat dari spektrum sumber yang luas termasuk penzahiran syarikat, aduan yang diterima dari Bursa Malaysia serta sumber maklumat lain seperti media yang kekal sebagai keutamaan pengawasan utama pada 2023.
Di samping itu SC memanfaatkan sistem pemantauan dagangan berautomasinya, yang dilengkapi dengan analitik dalaman lanjutan, untuk mengenal pasti dan menganalisis aktiviti dagangan yang diragui. Ini secara berkesan memudahcarakan pengesanan tepat pada masanya sebarang penyelewengan pasaran, termasuk ketika tempoh harga berlebihan dan volitiliti volum yang seterusnya, membolehkan pengenalpastian secara objektif hal-hal salah guna pasaran yang berpotensi dan keputusan bermaklumat terhadap tindakan kawal selia susulan.
Menangani Penyimpangan Dagangan di Peringkat Awal dan Mengesan Salah Guna Pasaran untuk Siasatan Lanjut
SC kekal berwaspada dalam menangani sebarang penyimpangan dagangan yang boleh menimbulkan risiko yang berpotensi kepada integriti pasaran dan bekerjasama erat dengan pihak berkepentingan, menggunakan pelbagai instrumen penguatkuasaan untuk menghindari aktiviti haram dan tidak beretika dalam pasaran modal.
Pada 2023, aktiviti pengawasan pasaran SC melibatkan sebanyak 1,405 penilaian (2022: 1,333 penilaian) berkenaan anomali dagangan yang dikesan dan analisis mendalam mengenai kes penyalahgunaan pasaran termasuk kemungkinan perdagangan orang dalam dan manipulasi pasaran. Di samping penilaian pengawasan pasaran yang sedemikian, penglibatan kerap dijalankan dengan Bursa Malaysia untuk memastikan bahawa maklum balas pengawalseliaan yang diselaraskan oleh barisan hadapan pengawal selia adalah bersesuaian
dengan risiko dan graviti isu pengawasan yang dikesan. Melalui kerjasama tersebut, tindakan pengawalseliaan secara pantas telah diambil untuk membendung penyalahgunaan tingkah laku perdagangan pada peringkat awal. Pengesanan awal seperti sedemikian termasuk pengeluaran Notis Pengawasan oleh Bursa Malaysia yang memerlukan pengantara pasaran dengan segera untuk menangani penyelewengan dan mengambil tindakan pembaikan secepat mungkin.
SC komited untuk mengimbangi keperluan dalam memastikan tatalaku dagangan yang teratur dan memudahcarakan pasaran yang baik, sejajar dengan dwimandat SC untuk membangunkan dan mengawal selia pasaran modal Malaysia. Sehubungan ini, SC telah mempertimbangkan kepelbagaian dalam strategi dagangan oleh peserta pasaran apabila menyemak aktiviti dagangan.
SC menganalisis dengan teliti corak dan tingkah laku dagangan untuk membezakan antara dagangan spekulatif, yang merupakan elemen dinamik pasaran yang wujud, dan tatalaku salah yang dianggap manipulasi pasaran. Perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang kebimbangan semasa telah diberi keutamaan dan tertakluk kepada kajian semula yang dipercepatkan. Di mana unsur-unsur kemungkinan penyalahgunaan pasaran telah dibuktikan, kes-kes tersebut telah dipertingkatkan untuk siasatan lanjut dijalankan.
Memanfaatkan Teknologi dan Analitik Lanjutan untuk Peningkatan Kecekapan
SC terus memberi lebih penekanan terhadap penggunaan Teknologi Penyeliaan (SupTech) dan analitik data untuk meningkatkan kecekapan fungsi pengawalseliaan SC.
SC memulakan inisiatif untuk meningkatkan kualiti suapan data dagangan daripada Bursa Malaysia serta kefungsian sistem pemantauan dan instrumen analitik SC untuk memudahcarakan analisis aktiviti dagangan yang lebih terperinci. Penambahbaikan itu dijangka membolehkan SC memperoleh lebih banyak pandangan dan kecekapan dalam pengesanan, analisis dan membuat keputusan mengenai perkara pemantauan pasaran.
Selain daripada sistem pengesanan berasaskan penyelewengan perdagangan dalam pasaran ekuiti, SC telah menggunakan keupayaan SupTech untuk meningkatkan pengawasannya terhadap aktiviti tidak berlesen dan pemantauan PLC. Sebuah alat pengawasan laman web kini digunakan untuk menjalankan pemantauan berterusan dan mendalam terhadap aktiviti tidak berlesen bagi memastikan SC kekal berwaspada, bermaklumat dan dilengkapi untuk respon secara berkesan kepada isu yang timbul daripada aktiviti
BAHAGIAN 2 PRESTASI DAN HASIL KAWAL SELIA
LAPORAN TAHUNAN 2023 SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 37