Page 149 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 149
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia
LAPORAN
TAHUNAN
2018
Pelan manfaat wajib adalah pelan perubatan persaraan tak berdana yang memberikan manfaat
perubatan kepada peserta dan tanggungan mereka yang layak selepas umur persaraan sehingga
peserta atau pasangannya meninggal dunia, atau bagi anak tanggungannya sehingga umur 18 atau
24 tahun, sekiranya mereka masih lagi menuntut.
Dengan demikian, kos mutlak pelan tersebut bergantung pada hayat pesara dan tanggungan mereka
yang layak, insidens dan kos peristiwa yang mengakibatkan tuntutan di bawah pelan tersebut, dan
inflasi bagi kos tersebut pada masa hadapan.
Pendanaan
Pelan ini tak berdana. Caruman majikan kepada pelan tersebut adalah amaun tuntutan perubatan
yang dibayar terus oleh SC. SC menjangka akan membayar RM1.1 juta bagi caruman kepada pelan
manfaat wajibnya dalam 2019.
Pergerakan dalam liabiliti manfaat wajib bersih
2018 2017
RM’000 RM’000
Liabiliti manfaat wajib bersih 1 Januari 70,758 54,713
Terangkum dalam keuntungan atau kerugian
Kos perkhidmatan semasa 2,307 2,295
Kos perkhidmatan masa lalu - (5,444)
Kos faedah 4,112 3,806
6,419 657
Terangkum dalam pendapatan komprehensif lain
(Keuntungan)/Kerugian aktuari daripada:
– Andaian kewangan - 13,390
– Pelarasan pengalaman - 3,339
- 16,729
Lain-lain
Manfaat dibayar (1,487) (1,341)
Liabiliti manfaat wajib bersih pada 31 Disember 75,690 70,758
Obligasi manfaat wajib
Andaian aktuari
Andaian aktuari utama pada penghujung tempoh pelaporan (dinyatakan sebagai purata wajaran):
2018 2017
Kadar diskaun 5.8% 5.8%
Inflasi kos perubatan 10%, menurun ke 10%, menurun
5% dalam 4 tahun ke 5% dalam 5 tahun
Umur persaraan biasa 60 tahun 60 tahun
BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi | 139
92-225 BM.indd 139 3/1/19 5:16 PM