Page 152 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 152

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018




                        14.  Geran


                             SC menawarkan geran kepada pelbagai entiti yang terlibat dalam projek dan program yang
                             menggalakkan, membangunkan dan meningkatkan kekukuhan pasaran modal Malaysia.



                        15.  (Defisit)/Lebihan sebelum cukai
                                                                                 Nota          2018            2017
                                                                                             RM’000           RM’000

                             (Defisit)/Lebihan sebelum cukai dicapai selepas
                                   mengenakan caj:

                             Ganjaran juruaudit                                                  100             100
                             Emolumen ahli eksekutif*                                           4,410           4,901
                             Gratuti ahli eksekutif                                             1,925               -
                             Elaun ahli bukan eksekutif                                         1,177           1,135
                             Perbelanjaan sewa:
                                   Harta                                                        1,573           2,260
                                   Kelengkapan dan peralatan                                     201             282
                             Susut nilai harta, kelengkapan dan peralatan          3           10,962          11,176

                             dan selepas kredit:
                             Perolehan daripada pelupusan kelengkapan dan peralatan              120              10


                             *  Termasuk dalam emolumen ahli eksekutif adalah pembayaran ganti cuti tahunan berjumlah
                                RM194,000 (2017: tiada).


                        16.  Perbelanjaan cukai

                             SC telah diberikan kelulusan oleh Menteri Kewangan agar dikecualikan daripada cukai berkuat kuasa
                             dari Tahun Taksiran 2007 dan seterusnya.


                        17.  Pihak berkaitan

                             Untuk tujuan penyata kewangan ini, pihak dianggap berkaitan dengan SC sekiranya SC mempunyai
                             keupayaan, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengawal atau mengawal bersama pihak
                             atau melaksanakan pengaruh penting ke atas pihak dalam membuat keputusan kewangan dan
                             operasi, atau sebaliknya, atau di mana SC dan pihaknya tertakluk kepada kawalan bersama. Pihak
                             yang berkaitan mungkin individu atau entiti lain.

                             Pihak berkaitan juga termasuk kakitangan pengurusan utama yang ditakrifkan sebagai orang yang
                             mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk merancang, mengarah dan mengawal aktiviti SC sama
                             ada secara langsung atau tidak langsung.

                             SC mempunyai hubungan pihak berkaitan dengan Securities Industry Development Corporation
                             (SIDC), di mana Pengerusi SC juga adalah Pengerusi SIDC.









                   142  |  BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi





              92-225 BM.indd   142                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157