Page 47 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 47

Suruhanjaya
                                                                                                                       Sekuriti
                                                                                                                      Malaysia
                                                                                                                     LAPORAN
                                                                                                                    TAHUNAN
                                                                                                                     2018





                           PENGENALAN


                           Mengekalkan kepercayaan awam dan keyakinan pelabur terus menjadi
                           keutamaan SC, kerana ini penting bagi pasaran modal berfungsi dan mencapai
                           pertumbuhan yang mampan dan inklusif. Komponen utama dalam
                           mengekalkan kepercayaan dan keyakinan terhadap pasaran modal ialah
                           pemeliharaan integriti pasaran dan usaha berterusan untuk mengukuhkan
                           standard tatalaku pasaran yang wajar. Sehubungan itu, SC terus mengambil
                           langkah-langkah untuk mengekalkan integriti pasaran dan membentuk tatalaku
                           pasaran dengan (1) menyokong penghayatan budaya tadbir urus korporat; (2)
                           menggalakkan pasaran yang adil dan teratur melalui pemantauan; (3)
                           mengukuhkan tatalaku baik melalui pengawasan; dan (4) mencapai
                           pencegahan yang andal melalui tindakan penguatkuasaan. Ini dilengkapi
                           dengan usaha untuk memperkasa para pelabur dalam membuat keputusan
                           yang bermaklumat.





                            MEMUPUK BUDAYA TADBIR URUS                     Diagram 1
                            YANG BAIK                                      Pemakaian MCCG (setakat 31 Disember 2018)

                           Menggalakkan penghayatan tadbir
                           urus korporat


                           Selama bertahun-tahun, SC telah melaksanakan            153                      227
                           beberapa langkah untuk mengukuhkan rangka       PLC mengguna pakai pendekatan   PLC mengguna pakai had tempoh
                           kerja tadbir urus korporat dan menyokong        dua peringkat untuk memutuskan   perkhidmatan selama 9 tahun bagi
                           pemakaian amalan terbaik tadbir urus korporat   pelantikan semula pengarah bebas   pengarah bebas, dengan kelulusan
                           sebagai komponen penting dalam mengekalkan     yang telah  berkhidmat  >12 tahun  pemegang saham bagi pelanjutan
                           kepercayaan dan keyakinan terhadap pasaran                                   tempoh perkhidmatan
                           modal. Keutamaan Strategik Tadbir Urus Korporat
                           SC (Corporate Governance Strategic Priorities)
                           (2017-2020) bermatlamat meningkatkan standard
                           tadbir urus korporat dalam pasaran modal;                 25                     24%
                           melampaui pematuhan semata-mata. Salah satu      PLC mengguna pakai had tempoh   Kedudukan lembaga dipegang
                                                                             perkhidmatan selama 9 tahun
                           penyampaian utama Keutamaan Tadbir Urus          bagi pengarah bukan bebas tanpa   oleh wanita (PLC 100 teratas)
                           Korporat (Keutamaan CG) ialah Kod Tadbir Urus        pelanjutan seterusnya
                           Korporat Malaysia (MCCG) yang dikeluarkan pada
                           April 2017.
                                                                                                               $
                           SC telah menyaksikan penerimaan yang lebih baik
                           terhadap tadbir urus korporat dalam kalangan             131                     25
                           syarikat tersenarai termasuk syarikat kecil dan   PLC telah mendedahkan imbuhan   PLC telah mendedahkan
                           sederhana, dicerminkan dalam pemakaian amalan      pengurusan kanan dalam   imbuhan terperinci pengurusan
                                                                                 tahap RM50,000
                                                                                                     kanan berdasarkan nama
                           terbaik oleh syarikat seperti yang disyorkan dalam
                           MCCG.
                                                                                       BAHAGIAN 2 »» MEMBENTUK TATALAKU PASARAN  |  37





              36-61 BM.indd   37                                                                                          3/1/19   5:11 PM
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52