Page 55 - AOB 2018 (BM)
P. 55

Lembaga
                                                                                                                Pemantauan
                                                                                                                   Audit
                                                                                                                LAPORAN
                    LAPORAN  JURUAUDIT  BEBAS  KEPADA  LEMBAGA  PEMANTAUAN                                      TAHUNAN
                    AUDIT,  SURUHANJAYA  SEKURITI  MALAYSIA                                                      2018





                    Laporan mengenai Audit Penyata Kewangan


                    Pendapat

                    Kami telah mengaudit penyata kewangan Lembaga Pemantauan Audit (AOB), yang merangkumi penyata
                    kedudukan kewangan pada 31 Disember 2018, dan penyata keuntungan atau kerugian dan pendapatan
                    komprehensif lain, penyata perubahan dalam ekuiti dan penyata aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh
                    tersebut, dan nota-nota kepada penyata kewangan, termasuk ringkasan dasar perakaunan yang penting,
                    seperti yang dibentangkan pada muka surat 33 hingga 51.


                    Pada pendapat kami, penyata kewangan yang disertakan memberi pandangan yang benar dan saksama
                    mengenai kedudukan kewangan AOB pada 31 Disember 2018, dan prestasi kewangan dan aliran tunai bagi
                    tahun berakhir pada tarikh tersebut menurut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia dan Piawaian Laporan
                    Kewangan Antarabangsa.


                    Asas Pendapat

                    Kami telah menjalankan audit mengikut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan Piawaian
                    Pengauditan Antarabangsa. Tanggungjawab kami di bawah piawaian tersebut dihuraikan dengan lanjut
                    dalam bahagian Tanggungjawab Juruaudit terhadap Audit Penyata Kewangan di dalam laporan kami. Kami
                    percaya bahawa bukti audit yang telah kami perolehi adalah mencukupi dan wajar untuk dijadikan asas bagi
                    pendapat kami.


                    Kebebasan dan Tanggungjawab Etika lain

                    Kami adalah bebas daripada AOB menurut Undang-undang Kecil (Mengenai Etika, Kelakuan dan
                    Amalan Profesional) Institut Akauntan Malaysia (Undang-Undang Kecil), dan Kod Etika bagi Akauntan
                    Profesional (Kod IESBA) Lembaga Piawaian Etika Antarabangsa untuk Akauntan, dan kami telah memenuhi
                    tanggungjawab etika lain mengikut Undang-Undang Kecil dan Kod IESBA.


                    Tanggungjawab Ahli-ahli Lembaga bagi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia terhadap Penyata
                    Kewangan

                    Ahli-ahli Lembaga bagi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bertanggungjawab terhadap penyediaan
                    penyata kewangan AOB yang memberikan pandangan yang benar dan saksama menurut Piawaian
                    Pelaporan Kewangan Malaysia dan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa. Ahli-ahli Lembaga juga
                    bertanggungjawab terhadap kawalan dalaman sebagaimana yang ditetapkan sebagai perlu oleh Ahli-ahli
                    Lembaga bagi membolehkan penyediaan penyata kewangan AOB yang bebas daripada salah nyata yang
                    ketara, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan.

                    Dalam menyediakan penyata kewangan AOB, Ahli-ahli Lembaga bagi SC adalah bertanggungjawab
                    untuk menilai kesinambungan keupayaan AOB sebagai suatu usaha berterusan, mendedahkan sekiranya
                    berkenaan, perkara-perkara yang berkaitan dengan usaha berterusan dan menggunakan asas usaha
                    berterusan perakaunan kecuali sekiranya Ahli-ahli Lembaga bagi SC berhasrat untuk membubarkan AOB atau
                    menghentikan operasi, atau tidak mempunyai pilihan realistik kecuali berbuat demikian.




                                                                                                  BAHAGIAN DUA  PENYATA  |  53
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60