Page 52 - AOB 2018 (BM)
P. 52
Lembaga
Pemantauan
Audit
LAPORAN
TAHUNAN
2018
12. Pengurusan dana
Objektif AOB adalah untuk mengekalkan rizab yang cukup untuk memelihara keupayaan AOB bagi
melaksanakan kewajipan dan fungsinya dengan bebas. Rizab ini diuruskan oleh SC.
13. Pemberian kebenaran penyata kewangan
Penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 ini diberikan kebenaran oleh SC untuk
dikeluarkan dan ditandatangani oleh Pengerusi SC dan Pegawai Eksekutif AOB pada 30 Januari 2019.
14. Perubahan ketara dalam dasar-dasar perakaunan
Pada tahun ini, AOB telah menerima pakai MFRS 15, Hasil daripada Kontrak dengan Pelanggan dan
MFRS 9, Instrumen Kewangan dalam penyata kewangan. Secara amnya, AOB mengaplikasi keperluan
piawaian perakaunan secara retrospektif dengan bahan-bahan praktikal dan pengecualian peralihan
sebagaimana yang dibenarkan oleh piawaian. Walau bagaimanapun, seperti yang dibenarkan
dalam MFRS 9, AOB memilih tidak menyatakan semula perbezaannya. Tiada kesan ketara daripada
penggunaan MFRS 15.
14.1 Perakaunan untuk instrumen kewangan
a. Peralihan
Dalam penggunaan MFRS 9, pengecualian peralihan berikut yang dibenarkan oleh
piawaian telah diterima pakai:
(i) AOB tidak menyatakan semula maklumat perbandingan untuk tempoh
terdahulu berkenaan dengan keperluan klasifikasi dan pengukuran. Sehubungan
itu, maklumat yang dibentangkan untuk tahun 2017 tidak secara amnya
mencerminkan keperluan MFRS 9, tetapi sebaliknya dari MFRS 139, Instrumen
Kewangan: Pengiktirafan dan Pengukuran.
(ii) Penilaian berikut telah dibuat berdasarkan fakta dan keadaan yang wujud pada
tarikh permohonan awal:
– penentuan model perniagaan di mana aset kewangan dipegang
(iii) Peruntukan kerugian bagi penghutang diiktiraf pada jumlah yang sama dengan
kerugian kredit yang dijangkakan sepanjang hayat sehingga penghutang tidak
diiktiraf.
50 | BAHAGIAN DUA PENYATA
LT AOB BHG 2.indd 50 10/04/2019 4:35 PM