Page 106 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 106

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018


                             AHLI


                             LEMBAGA








                                                                 Datuk Syed Zaid Albar telah dilantik sebagai Pengerusi
                                                                 Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 1 November
                                                                 2018. Sebelum ini beliau merupakan Rakan Urusan di Albar
                                                                 & Partners. Sebelum berkhidmat di SC, Datuk Syed Zaid telah
                                                                 melepaskan semua kepentingannya di Albar & Partners.

                                                                 Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 38 tahun dalam
                                                                 amalan perundangan terutama dalam bidang undang-undang
                                                                 korporat, pasaran modal, perbankan konvensional dan
                                                                 kewangan Islam.

                        DATUK  SYED  ZAID  ALBAR                 Datuk Syed Zaid telah berkhidmat dalam Jawatankuasa
                        Dilantik 1 November 2018                 Semakan Undang-undang Islam Bank Negara Malaysia
                                                                 dan Jawatankuasa Rayuan Bursa Malaysia Bhd. Beliau juga
                                                                 pernah menganggotai beberapa lembaga pengarah syarikat
                                                                 awam tersenarai di Malaysia dan sebagai Setiausaha Yayasan
                                                                 Kepimpinan Perdana dan Perdana Global Peace Foundation.

                                                                 Beliau memperoleh ijazah sarjana muda Undang-undang dari
                                                                 UK. Beliau memperolehi kelayakan sebagai Barrister-at-Law
                                                                 daripada Lincoln’s Inn, UK dan juga merupakan peguam bela
                                                                 dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya.



                        Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin dilantik sebagai
                        Timbalan Ketua Eksekutif SC pada 5 April 2018.

                        Beliau menyertai SC pada Januari 2011 sebagai Pengarah
                        Eksekutif, Pasaran Modal Islam dan dilantik sebagai
                        Pengarah Urusan, Pembangunan dan Pasaran Islam pada
                        November 2016. Beliau juga merupakan Pengerusi Capital
                        Markets Malaysia, entiti yang ditubuhkan oleh SC untuk
                        mempromosikan pasaran modal Malaysia.


                        Datuk Zainal Izlan mempunyai lebih 25 tahun pengalaman
                        dalam industri perkhidmatan kewangan. Beliau memulakan   DATUK  ZAINAL  IZLAN  ZAINAL  ABIDIN
                        kerjayanya dengan Citibank sebelum menyertai MIDF       Dilantik 5 April 2018
                        Amanah Asset Management. Sebelum menyertai SC,
                        Datuk Zainal Izlan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif
                        i-VCAP Management, firma pengurusan dana Islam yang
                        berpengkalan di Malaysia. Datuk Zainal Izlan memperoleh
                        Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi (Perakaunan
                        dan Kewangan) dari The Wharton School, University of
                        Pennsylvania, Amerika Syarikat, dan juga memegang piagam
                        Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA).




                   96  |  BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi





              92-225 BM.indd   96                                                                                         3/1/19   5:16 PM
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111