Page 107 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 107

Suruhanjaya
                                                                                                                       Sekuriti
                                                                                                                      Malaysia
                                                                                                                     LAPORAN
                                                                                                                    TAHUNAN
                                                                                                                     2018









                                                                   Datuk Fazlur Rahman Ebrahim ialah Penasihat Korporat
                                                                   Perbadanan Johor. Beliau menganggotai Lembaga Pelaburan
                                                                   Hartanah Bhd, Bank Simpanan Nasional, Permodalan Felcra
                                                                   Sdn Bhd, Agensi Pengurusan Kaunseling dan Pengurusan
                                                                   Hutang, Johawaki Holdings Sdn Bhd, DEMC Management Sdn
                                                                   Bhd dan Dana Amal Jariah.

                                                                   Beliau juga merupakan ahli Majlis Syariah BNP Paribas Malaysia
                                                                   Bhd, Majlis Penasihat Perniagaan Universiti Islam Antarabangsa
                                                                   Malaysia, Jawatankuasa Audit Razak School of Government,
                                                                   Jawatankuasa Pelaburan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
                           DATUK  FAZLUR  RAHMAN  EBRAHIM          (KEJORA), Jawatankuasa Pelaburan Majlis Amanah Rakyat dan

                           Dilantik 1 Mei 2006                     Majlis Penasihat Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti
                                                                   Kebangsaan Malaysia.

                                                                   Datuk Fazlur memegang ijazah sarjana muda dalam
                                                                   Pentadbiran Perniagaan dari Ohio University, AS dan ijazah
                                                                   sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari
                                                                   Universiti Kebangsaan Malaysia.




                           Tan Sri Dato’ Seri Mohamed Jawhar Hassan pernah
                           menyandang jawatan sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif
                           Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia.
                           Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif New
                           Straits Times Press (Malaysia) sehingga Ogos 2016.

                           Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam Malaysia
                           dalam pelbagai jawatan kanan, termasuk Ketua Pengarah,
                           Jabatan Perpaduan Negara; Setiausaha Kedua, Kementerian
                           Dalam Negeri; Pengarah (Analisis) Bahagian Penyelidikan,
                           Jabatan Perdana Menteri; dan Ketua Penolong Setiausaha,
                           Majlis Keselamatan Negara.                             TAN  SRI  DATO'  SERI  MOHAMED
                                                                                  JAWHAR  HASSAN
                           Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Kaunselor di     Dilantik 15 Mei 2010
                           Kedutaan Malaysia di Indonesia dan Thailand dan pernah
                           menjadi ahli Lembaga Penasihat, Suruhanjaya Pencegahan
                           Rasuah Malaysia. Beliau juga pernah dilantik sebagai
                           Pengerusi Bersama Network of East Asia Thinktanks (NEAT)
                           2005-2006 dan Majlis Kerjasama Sekuriti Asia Pasifik (CSCAP)
                           2007-2009.

                           Beliau merupakan ahli Majlis Perundingan Mengenai Dasar
                           Luar Negara Malaysia dan sebagai Pakar dan Tokoh dalam
                           Forum Serantau ASEAN.









                                                                                        BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi  |  97






              92-225 BM.indd   97                                                                                         3/1/19   5:16 PM
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112