Page 108 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 108

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018


                             AHLI


                             LEMBAGA






                                                                 Tan Sri Dato’ Hasmah Abdullah merupakan bekas Ketua
                                                                 Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam
                                                                 Negeri Malaysia (LHDNM) dan telah berkhidmat dengan agensi
                                                                 tersebut selama hampir 38 tahun. Selepas bersara, beliau
                                                                 menyertai PricewaterhouseCoopers Taxation Services Sdn Bhd
                                                                 sebagai Penasihat Cukai dari 1 Julai 2011 hingga 30 September
                                                                 2013. Beliau kini merupakan Pengarah Bebas dan Bukan
                                                                 Eksekutif UMW Holdings Bhd sejak 1 September 2013 dan
                                                                 Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd sejak 1 Oktober 2013.

                                                                 Tan Sri Hasmah juga merupakan ahli Lembaga Pemegang
                       TAN  SRI  DATO'  HASMAH  ABDULLAH         Amanah Yayasan Penyelidikan Percukaian Malaysia, Dana Amal
                       Dilantik 10 Mac 2011                      Jariah, Yayasan Allammiyyah dan Yayasan Penyakit Alzheimer
                                                                 Malaysia (sejak 7 Jun 2018), dan ahli Majlis Eksekutif Persatuan
                                                                 Orang Kurang Upaya Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan
                                                                 (SAMH). Tan Sri Hasmah menamatkan pengajiannya pada
                                                                 1973 dengan ijazah sarjana muda Sastera (Kepujian) daripada
                                                                 Universiti Malaya.



                        Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur mempunyai
                        pengalaman lebih 38 tahun dalam sektor perkhidmatan awam
                        di pelbagai kementerian, termasuk berkhidmat sebagai Ketua
                        Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sains,
                        Teknologi dan Inovasi Malaysia dan Kementerian Wanita,
                        Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

                        Beliau juga pernah menyandang jawatan utama di Kementerian
                        Kewangan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Penerangan
                        Malaysia, dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

                        Di arena antarabangsa, beliau telah berkhidmat sebagai    TAN  SRI  DR  NOORUL  AINUR
                        Penasihat Kanan di Kumpulan Asia Tenggara Bank Dunia di   MOHD  NUR
                        Washington DC dari 2006 hingga 2008. Pada 2013, beliau
                        dilantik sebagai Naib Presiden Majlis Antara Kerajaan bagi   Dilantik 5 April 2018
                        Pengurusan Program Transformasi Sosial Pertubuhan Pendidikan,
                        Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
                        (UNESCO) untuk rantau Asia Pasifik, jawatan yang dipegang
                        hingga 2015.

                        Tan Sri Noorul juga merupakan wakil Malaysia pertama yang
                        dipilih sebagai Presiden Suruhanjaya Sains, UNESCO Paris dari
                        2015 hingga 2017. Beliau memperoleh ijazah PhD dalam bidang
                        Sains Politik dari Pusat Pengajian Siswazah, City University of
                        New York, dan memegang ijazah sarjana Sains Sosial (MSocSci)
                        Pentadbiran Pembangunan daripada Universiti Birmingham, UK.




                   98  |  BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi





              92-225 BM.indd   98                                                                                         3/1/19   5:16 PM
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113