Page 156 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 156

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018





                                   Tunai dan kesetaraan tunai

                                   Tunai dan kesetaraan tunai disimpan di dalam bank dan instutusi kewangan. Pada akhir tempoh
                                   pelaporan, pendedahan maksimum kepada risiko kredit dinyatakan dengan amaun bawaan di
                                   penyata kedudukan kewangan.

                                   Bank dan institusi kewangan mempunyai risiko kredit yang rendah. Sebagai tambahan,
                                   beberapa baki bank diinsuranskan oleh agensi kerajaan. SC berpendapat bahawa elaun
                                   kerugian tidak material. Oleh itu, ia tidak diperuntukkan.

                                   Pelaburan dan aset kewangan lain

                                   Objektif pengurusan risiko, dasar dan proses bagi menguruskan risiko

                                   Pelaburan dibenarkan hanya dalam sekuriti cair dan hanya dengan pihak berlawanan yang
                                   mempunyai kadaran kredit yang berdaulat atau hampir dengan kadaran berdaulat.

                                   Pendedahan kepada risiko kredit, kualiti kredit dan cagaran

                                   Pada penghujung tempoh pelaporan, SC hanya melabur dalam sekuriti kerajaan Malaysia dan
                                   bon jaminan kerajaan. Pendedahan maksimum kepada risiko kredit dinyatakan oleh amaun
                                   bawaan dalam penyata kedudukan kewangan.

                             19.5  Risiko kecairan

                                   Risiko kecairan adalah risiko yang SC tidak akan dapat memenuhi obligasi kewangannya apabila
                                   tiba tarikh luputnya. SC memantau dan mengekalkan aras tunai dan setara tunai yang difikirkan
                                   cukup oleh SC untuk membiayai operasinya dan untuk mengurangkan kesan turun naik dalam
                                   aliran tunai.

                                   Analisis kematangan

                                   Jadual di bawah meringkaskan profil kematangan liabiliti kewangan SC pada penghujung
                                   tempoh pelaporan. Tiada kadar faedah berkontrak bagi lain dan akruan.

                                                                                Amaun         Aliran tunai    Bawah
                                                                                bawaan        berkontrak     1 tahun
                                                                                RM’000          RM’000        RM’000
                                   2018
                                   Liabiliti kewangan
                                   Pemiutang lain dan akruan                    57,528           57,528        57,528

                                   2017
                                   Liabiliti kewangan
                                   Pemiutang lain dan akruan                    59,372           59,372        59,372


                             19.6  Risiko pasaran

                                   Risiko pasaran adalah risiko yang mengubah harga pasaran, seperti kadar faedah yang akan
                                   menjejaskan kedudukan kewangan atau aliran tunai SC.






                   146  |  BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi





              92-225 BM.indd   146                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161