Page 215 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 215
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia
LAPORAN
TAHUNAN
2018
Jadual 9
Penyelesaian kawal selia pada 2018
Dagangan orang
Bil. Pihak terlibat Fakta ringkas kes
dalam
1. Dagangan orang Tan Eng Kean Pada 6 April 2018, Tan EK mencapai penyelesaian dengan SC
dalam (Tan EK) berjumlah RM56,900.00 apabila dia bersetuju tanpa pengakuan
atau penafian liabiliti untuk menyelesaikan tuntutan yang
dicadangkan oleh SC ke atasnya kerana memperolehi 5,000
unit saham PacificMas Bhd (PacMas) dalam akaunnya ketika
mempunyai maklumat dalaman yang bercanggah dengan seksyen
188(2) CMSA.
Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan cadangan
tawaran pengambilalihan bersyarat oleh OSPL Holdings Sdn Bhd
(OSPL) untuk memperoleh semua saham mengundi dalam PacMas
yang tidak dimiliki oleh OSPL yang diumumkan pada 4 Januari
2008. Di samping itu, penalti sivil sebanyak RM50,000 telah
dikenakan oleh SC.
Penyelesaian tersebut dicapai berikutan surat tuntutan yang
dihantar oleh SC menurut kuasa penguatkuasaan sivil di bawah
undang-undang sekuriti. Jumlah yang perlu dikembalikan oleh
Tan EK adalah bersamaan dengan 3 kali perbezaan harga saham
diperoleh dan harga yang sepatutnya saham itu diperolehi ketika
pemerolehan, sekiranya maklumat tersedia secara umum. Wang
yang diperolehi semula akan digunakan menurut seksyen 201(7)
CMSA.
2. Dagangan orang Tan Sri Abdul Pada 20 Julai 2018, Tan Sri Abdul Rahman mencapai penyelesaian
dalam Rahman Omar (Tan dengan SC berjumlah RM69,144.00 apabila dia bersetuju tanpa
Sri Abdul Rahman) pengakuan atau penafian liabiliti untuk menyelesaikan tuntutan
yang dicadangkan oleh SC ke atasnya kerana memperolehi
saham Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) ketika mempunyai
maklumat dalaman, bercanggah dengan seksyen 89E(2) SIA.
Maklumat dalaman tersebut adalah berhubung pengumuman
EON kepada Bursa Malaysia Bhd berkenaan cadangan dividen
kasar khas sebanyak 137 sen sesaham ditolak cukai 27% bagi
tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006. Tan Sri Abdul
Rahman telah memperoleh sebanyak 100,000 unit saham EON
pada 23 Februari 2007, sebelum pengumuman tersebut.
Penyelesaian tersebut dicapai berikutan surat tuntutan yang
dihantar oleh SC menurut kuasa penguatkuasaan sivil di bawah
undang-undang sekuriti. Jumlah yang perlu dikembalikan oleh
Tan Sri Abdul Rahman adalah bersamaan dengan 3 kali perbezaan
harga saham diperoleh dan harga yang sepatutnya saham itu
diperolehi ketika pemerolehan, sekiranya maklumat tersedia
secara umum. Wang yang diperolehi semula telah digunakan
menurut seksyen 90A(7) CMSA.
BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi | 205
92-225 BM.indd 205 3/1/19 5:16 PM