Page 210 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 210

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018





                        Jadual 7
                        Hasil perbicaraan jenayah dan rayuan pada 2018 (Sambungan)

                        Bil.    Jenis kesalahan  Pesalah         Huraian

                                                                 Pada Ogos 2013, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ngu TU
                                                                 untuk membela diri atas pertuduhan alternatif kerana melakukan
                                                                 CBT dana PIB sebanyak RM37 juta.

                                                                 Pada 11 September 2015, Mahkamah Sesyen menyabitkan
                                                                 keselahan CBT Ngu TU di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan.
                                                                 Ngu TU dijatuhi hukuman 6 tahun penjara dan denda sebanyak
                                                                 RM1 juta, atau 2 tahun penjara.

                                                                 Pada 5 Mei 2017, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan Ngu
                                                                 TU dan mengetepikan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen.
                                                                 Rayuan silang pihak Pendakwa terhadap hukuman tersebut juga
                                                                 ditolak.

                                                                 On 6 September 2018, Mahkamah Rayuan menolak rayuan pihak
                                                                 Pendakwa dan mengesahkan pembebasan Ngu TU.
                        17.     Dagangan orang   Lim Bun Hwa     Lim BH dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 370(c) CMSA
                                dalam            (Lim BH)        yang dibaca bersama-sama seksyen 188(2)(a) CMSA kerana
                                                                 bersubahat dengan Lim Boon Cheng  untuk memperoleh saham
                                                                 PacificMas Bhd (PacMas) antara 18 Disember 2007 dan 31
                                                                 Disember 2007 ketika Lim Boon Cheng mempunyai maklumat
                                                                 dalaman berkaitan cadangan tawaran pengambilalihan bersyarat
                                                                 oleh OSPL Holdings Sdn Bhd (OHSB) untuk memperoleh semua
                                                                 saham dalam PacMas yang tidak dimiliki oleh OHSB.

                                                                 Pada 3 Oktober 2018, Lim BH mengaku bersalah terhadap 5
                                                                 pertuduhan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)
                                                                 (a) CMSA susulan permohonan  penawaran mengaku bersalah
                                                                 di bawah seksyen 172C Kanun Prosedur Jenayah. Berikutan
                                                                 permohonan tersebut, pertuduhan bersubahat terhadap Lim BH
                                                                 telah digantikan dengan 5 pertuduhan dagangan orang dalam.
                                                                 Lim BH dijatuhi hukuman 6 bulan penjara and denda sebanyak
                                                                 RM1 juta.

                        18.     Dagangan orang   Lim Boon Cheng   Lim BC dikenakan 5 pertuduhan dagangan orang dalam di bawah
                                dalam            (Lim BC)        seksyen 188(2)(a) CMSA. Dia didakwa memperoleh sebanyak
                                                                 145,000 unit saham PacificMas Bhd (PacMas) antara 18 Disember
                                                                 2007 dan 31 Disember 2007 ketika mempunyai maklumat
                                                                 dalaman berkaitan cadangan tawaran pengambilalihan bersyarat
                                                                 oleh OSPL Holdings Sdn BHd (OHSB) untuk memperoleh semua
                                                                 saham dalam PacMas yang tidak dimiliki oleh OHSB.

                                                                 Pada 3 Oktober 2018, semua pertuduhan terhadap Lim BC telah
                                                                 ditarik balik berikutan pengakuan bersalah oleh Lim Bun Hwa.
                                                                 SC mengenakan tindakan pentadbiran ke atas Lim BC kerana
                                                                 melanggar seksyen 134(5)(c) SCMA. Penalti sebanyak RM100,000
                                                                 telah dikenakan ke atas Lim BC oleh SC menurut seksyen 354(3)
                                                                 CMSA.







                   200  |  BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi





              92-225 BM.indd   200                                                                                        3/1/19   5:16 PM
   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215