Page 211 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 211
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia
LAPORAN
TAHUNAN
2018
Jadual 7
Hasil perbicaraan jenayah dan rayuan pada 2018 (Sambungan)
Bil. Jenis kesalahan Pesalah Huraian
19. Dagangan orang Dato’ Vincent Dato’ Vincent LJW dikenakan 2 pertuduhan di bawah seksyen
dalam Leong Jee Wai 188(3)(a) CMSA kerana memaklumkan kepada Datuk Leong Wye
(Dato’ Vincent Keong antara 26 November 2010 dan 18 Januari 2011 maklumat
LJW) dalaman berhubung pengurangan ekuiti pemegang saham
dalam Maxbiz Corporation Bhd (Maxbiz) yang menyebabkan
Maxbiz hampir diklasifikasi sebagai bermasalah kewangan dan
pengklasifikasian Maxbiz sebagai penerbit tersenarai yang terjejas
di bawah Nota Amalan 17 (PN17) kriteria 2.1(a).
Dato’ Vincent LJW dituduh pada 22 Mei 2017. Kedua-dua
pertuduhan ditarik balik pada 17 Oktober 2018 atas arahan
Peguam Negara.
20. Dagangan orang Datuk Leong Wye Datuk Leong WK dikenakan 4 pertuduhan dagangan orang
dalam Keong (Datuk dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA kerana menjual
Leong WK) sebanyak 2,131,400 unit saham Maxbiz Corporation Bhd
(Maxbiz) dalam akaun Leong Khai Shaun on 30 Disember 2010
dan 8,100,000 lagi unit saham Maxbiz dalam akaunnya sendiri
antara 30 Disember 2010 dan 18 Januari 2011 ketika mempunyai
maklumat dalaman. Maklumat dalaman yang didakwa tersebut
adalah berhubung pengurangan ekuiti pemegang saham
dalam Maxbiz Corporation Bhd (Maxbiz) yang menyebabkan
Maxbiz hampir diklasifikasi sebagai bermasalah kewangan dan
pengklasifikasian Maxbiz sebagai penerbit tersenarai yang terjejas
di bawah kriteria Nota Amalan 17 (PN17) 2.1(a).
Datuk Leong WK dituduh pada 29 Mei 2017. Semua pertuduhan
terhadap Datuk Leong WK ditarik balik pada 17 Oktober 2018
atas arahan Peguam Negara.
BAHAGIAN 5 »» PENYATA, STATiSTiK DAN AKTiViTi | 201
92-225 BM.indd 201 3/1/19 5:16 PM