Page 95 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 95

Suruhanjaya
                                                                                                                       Sekuriti
                                                                                                                      Malaysia
                                                                                                                     LAPORAN
                                                                                                                    TAHUNAN
                                                                                                                     2018








                           PERTUMBUHAN  PASARAN  MODAL  MALAYSIA  SEJAK  25  TAHUN  YANG  LALU:
                           PENGGERAKAN  SUMBER  KEWANGAN  UNTUK  PEMBANGUNAN  EKONOMI


                           Dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara, sistem kewangan memainkan peranan penting dalam menggerakkan
                           sumber kewangan untuk aktiviti perniagaan dan pelaburan jangka panjang bagi pertumbuhan masa hadapan. Ini
                           termasuk pasaran modal yang biasanya menjadi semakin penting apabila ekonomi bertambah maju.

                           Saiz pasaran modal Malaysia adalah sebanyak RM699.5 bilion ketika Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada
                           1993. Semenjak itu, ia telah meningkat sebanyak 4.4 kali dalam tempoh 25 tahun kepada RM3.1 trilion pada akhir tahun
                           2018 (Carta 11) – walaupun menghadapi kesan buruk daripada krisis kewangan 1997-98 dan 2007-08. Pasaran modal
                           juga telah mengembangkan kapasiti pembiayaannya daripada hanya pembiayaan ekuiti kepada pembiayaan hutang.
                           Pasaran bon meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) 12.1% setahun sejak 1993 untuk
                           menyumbang sebanyak 45.3% kepada pasaran modal Malaysia pada 2018 (1993: 11.6%). Pasaran bon ringgit adalah
                           yang ketiga terbesar sebagai peratusan KDNK di Asia selepas Jepun dan Korea Selatan, dan kedua terbesar dari segi saiz
                           mutlak di ASEAN selepas Thailand.

                           Pertumbuhan pembiayaan berasaskan pasaran adalah sejajar dengan perubahan struktur dalam ekonomi Malaysia,
                           terutamanya selepas krisis kewangan Asia 1997-98. Malaysia juga berjaya mempelbagaikan saluran pembiayaan
                           berasaskan pasaran dengan membangunkan pasaran modal Islam (ICM), khususnya segmen sukuk. ICM Malaysia
                           berkembang pada CAGR sebanyak 10.9% setahun daripada RM294 bilion pada 2000 kepada RM1.9 trilion pada akhir
                           2018. Sukuk merupakan penyumbang terbesar kepada pasaran bon domestik belum tebus pada 2018, menjadikan
                           Malaysia pasaran sukuk terbesar di dunia.


                           Carta 11
                           Pasaran modal malaysia berkembang sebanyak 4.4 kali sepanjang 25 tahun yang lalu, pada CAGr
                           6.1% setahun.

                               2,000
                               1,800
                               1,600
                               1,400       Penubuhan SC   Krisis Kewangan Asia           Krisis Kewangan Global
                            RM bilion  1,200
                               1,000
                                800
                                600
                                400
                                200
                                  0
                                    1990  1991  1992  1993  1994  1995  1996  1997  1998  1999  2000  2001  2002  2003  2004  2005  2006  2007  2008  2009  2010  2011  2012  2013  2014  2015  2016  2017  2018



                                                        Permodalan pasaran ekuiti  Sekuriti hutang belum tebus
                           Sumber: SC, BNM






                                                                                  BAHAGIAN 4 »» TINJAUAN DAN PROSPEK PASARAN MODAL  |  85






              72-91 BM.indd   85                                                                                          3/1/19   5:15 PM
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100