Page 96 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 96

Suruhanjaya
                    Sekuriti
                    Malaysia
                  LAPORAN
                  TAHUNAN
                   2018






                        PERTUMBUHAN  PASARAN  MODAL  MALAYSIA  SEJAK  25  TAHUN  YANG  LALU:

                        PENGGERAKAN  SUMBER  KEWANGAN  UNTUK  PEMBANGUNAN  EKONOMI  (Sambungan)

                        Pertumbuhan yang berterusan dan struktur ekonomi yang lebih pelbagai telah meningkatkan keperluan pendanaan bagi
                        perniagaan domestik, dengan pasaran modal hutang berkembang menjadi satu alternatif penting untuk pembiayaan
                        perniagaan, melengkapi kredit bank. Bon korporat merangkumi 45% daripada jumlah pembiayaan perniagaan di
                        Malaysia pada akhir 2017, berbanding hanya 8.8% pada 1993.

                        Dana pencen, syarikat insurans dan pelabur institusi lain juga telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan
                        tabungan dengan melabur dalam pasaran modal domestik. Ini telah membolehkan pasaran modal terus menyediakan
                        pembiayaan jangka panjang – dengan teras yang lebih tertumpu kepada penerbitan bon korporat – bagi membiayai
                        aktiviti peniagaan, dan pembangunan jangka panjang ekonomi negara, termasuk menguruskan keperluan pembangunan
                        infrastruktur. Pasaran bon telah menyumbang lebih separuh daripada pelaburan infrastruktur sektor swasta sejak awal
                        1990-an. Semanjak bertahun-tahun, peningkatan pelaburan dicirikan oleh peningkatan sekular dalam pembentukan
                        modal tetap kasar (GFCF) (Carta 12).



                        Carta 12
                        Pasaran modal malaysia terus berkembang dari segi kepentingannya, menyediakan pembiayaan
                        dan menggerakkan modal bagi menyokong perkembangan ekonomi

                                 Pembiayaan perniagaan dikembangkan              Trend GFCF  (1,2)  nominal dan jumlah dana
                               melalui sistem perbankan dan bon korporat            yang dikumpulkan adalah sejajar

                                                                           350                                  120
                          1,400  Bahagian bon korporat daripada
                                jumlah pembiayaan:
                          1,200  1993: 8.8%                                300                                  100
                                2017: 45.0%
                                                                           250
                          1,000                                                                                 80
                         RM bilion  800                                   RM bilion  200                        60   RM bilion

                                                                           150
                           600
                                                                                                                40
                           400                                             100

                           200                                              50                                  20

                             0                                               0                                  0
                                1988  1990  1992  1994  1996  1998  2000  2002  2004  2006  2008  2010  2012  2014  2016  1993  1996  1999  2002  2005  2008  2011  2014  2017

                                     Sistem perbankan  Bon korporat                Jumlah GFCF       Jumlah dana
                                                                                 purata bergerak 5   dikumpulkan
                                                                                   tahun (LHS)       purata bergerak
                                                                                                     5 tahun (RHS)
                        Nota:
                        1   Purata bergerak 5 tahun menunjukkan hala tuju trend bagi setiap kategori.
                        2   Jumlah GFCF merujuk kepda pelaburan swasta dan awam dalam aset tetap dalam sektor perkhidmatan, pembuatan, pelombongan & kuari, pertanian, dan
                         pembinaan. Ia merangkumi penambahbaikan tanah; loji, pembelian mesin dan peralatan; dan pembinaan jalan, jalan kereta api, dan bangunan.
                        Sumber: SC, BNM, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)





                   86  |  BAHAGIAN 4 »» TINJAUAN DAN PROSPEK PASARAN MODAL





              72-91 BM.indd   86                                                                                          3/1/19   5:15 PM
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101