Page 97 - SC Annual Report 2018 (BM)
P. 97

Suruhanjaya
                                                                                                                       Sekuriti
                                                                                                                      Malaysia
                                                                                                                     LAPORAN
                                                                                                                    TAHUNAN
                                                                                                                     2018












                           Pertumbuhan pasaran modal Malaysia bukan hanya dari segi saiz, seperti yang disaksikan melalui pembangunan
                           yang mantap dan komprehensif dari segi infrastruktur, institusi, kawal selia, dan produk sepanjang beberapa tahun.
                           Kemajuan ini digambarkan secara jelas dalam indeks pembangunan kewangan IMF bagi Malaysia, yang membolehkan
                           perbandingan konsisten sepanjang masa dan antara negara. Berdasarkan indeks IMF, perkembangan pasaran modal
                                                                                   2
                           dapat dinilai melalui tiga dimensi utama - keluasan, akses dan kecekapan .
                           Pengukuran IMF tersebut menunjukkan bahawa pembangunan keseluruhan sektor kewangan Malaysia telah bertambah
                           baik dengan ketara antara 1993 dan 2016, disokong oleh kemajuan dalam ketiga-tiga dimensi tersebut (Carta 13). Dari
                           segi perbandingan di peringkat antarabangsa, Malaysia telah mencapai prestasi keseluruhan yang membanggakan dan
                           mendahului negara-negara di pasaran pesat membangun yang lain dan dalam beberapa aspek pula, mendahului negara-
                           negara di pasaran maju (Carta 13).


                           Carta 13
                                                       1
                           Pembangunan pasaran modal  malaysia telah menyumbang kepada peningkatan indeks
                                                                   2
                           keseluruhan pembangunan kewangan (FD)  negara
                                 Prestasi malaysia bertambah baik dari 1993         Pada amnya, malaysia berprestasi lebih
                                   hingga 2016, khususnya dari segi akses         baik apabila ditanda aras dengan kumpulan
                                          kepada pasaran modal                                 terpilih (2016)
                              1.0                                             1.0
                              0.9                                             0.9                       Tahap indeks CM
                                                                                                        Malaysia, 2016
                              0.8                                             0.8
                              0.7                                             0.7

                              0.6                                             0.6
                              0.5                                             0.5
                              0.4                                             0.4
                              0.3                                             0.3
                              0.2                                             0.2

                              0.1                                             0.1
                              0.0                                             0.0
                                    FD     CM     CM:     CM:     CM:              Malaysia  Pasaran   Asia dan   Pasaran pesat
                                                Keluasan  Akses Kecekapan                     maju    Pasifik  membangun

                                             1993    2016                                  FD    CM    CM: Keluasan
                                                                                           CM: Akses  CM: Kecekapan
                           Nota:
                           1   IMF menggunakan ‘Pasaran Kewangan’, yang merangkumi pasaran bon dan ekuiti, untuk melambangkan pasaran modal (CM). Bagi tujuan ketekalan,
                            pasaran kewangan dirujuk sebagai CM dalam rencana ini.
                           2   Indeks-indeks tersebut meringkaskan tahap pembangunan CM dari segi (a) keluasan (saiz dan kecairan pasaran), (b) akses (keupayaan individu untuk
                            mengakses perkhidmatan kewangan), dan (c) kecekapan (penawaran khidmat kewangan pada kos yang rendah dan pendapatan yang mampan, dan tahap
                            aktiviti pasaran modal), yang kesemuanya menyumbang kepada tahap keseluruhan FD sesebuah negara.
                           Sumber: Pangkalan data Indeks Pembangunan Kewangan IMF, 2017



                          2    Rethinking Financial Deepening: Stability and Growth in Emerging Markets, IMF Discussion Note, Mei 2015.

                                                                                  BAHAGIAN 4 »» TINJAUAN DAN PROSPEK PASARAN MODAL  |  87






              72-91 BM.indd   87                                                                                          3/1/19   5:15 PM
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102