Page 28 - AOB 2018 (BM)
P. 28

Lembaga
         Pemantauan
           Audit
        LAPORAN
        TAHUNAN
         2018




                 AHLI LEMBAGA
                 PEMANTAUAN AUDIT





                                           DATO’ GUMURI HUSSAIN
                                           Dilantik Pengerusi Eksekutif 18 November 2016
                                           Diubah jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif 24 November 2017


                                           Dato’ Gumuri Hussain merupakan Ahli Lembaga SC dari 2006 sehingga 2016
                                           dan Ahli Bukan Eksekutif AOB dari 2012 sehingga 2016. Beliau dilantik sebagai
                                           Pengerusi Eksekutif pada 18 November 2016 dan telah diubah jawatan sebagai
                                           Pengerusi Bukan Eksekutif pada 24 November 2017.

                                           Dato’ Gumuri memiliki 45 tahun pengalaman dalam bidang audit, perakaunan dan
                                           sektor korporat. Beliau pernah menjawat Rakan Kongsi Kanan dan Timbalan
                                           Pengerusi Lembaga Tadbir Urus PricewaterhouseCoopers Malaysia. Beliau pernah
                                           menjadi Pengerusi SME Bank dan Pengerusi Bukan Eksekutif Sistem Televisyen
                                           Malaysia Bhd dan Rangkaian Hotel Seri Malaysia Bhd. Beliau juga pernah menjawat
                                           Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia Bhd. Beliau
                                           pernah memegang jawatan dalam Lembaga Pengarah dalam pelbagai PLC
                                           termasuk Media Prima Bhd, Malaysian Airline System Bhd dan Metrod Bhd.

                                           Dato’ Gumuri merupakan Felo ICAEW, Akauntan Bertauliah MIA dan ahli MICPA.




                                           ALEX OOI THIAM POH
                                           Dilantik Pegawai Eksekutif 24 November 2017

                                           Alex Ooi Thiam Poh dilantik sebagai Pegawai Eksekutif pada 24 November 2017.
                                           Alex mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang jaminan dan khidmat
                                           nasihat dalam industri pembangunan hartanah dan pembinaan, hospitaliti,
                                           pembuatan, perdagangan, media, teknologi dan perladangan. Pengalaman
                                           beliau termasuk audit berkanun PLC dan syarikat multinasional, tawaran awam
                                           awal (IPO), audit dalaman, pengurusan risiko dan khidmat nasihat korporat dan
                                           penyusunan semula. Alex pernah menjadi Rakan Audit BDO Malaysia dan Deloitte
                                           Malaysia.


                                           Sebelum ini, Alex merupakan Presiden Divisyen Malaysia CPA Australia dari 2013
                                           hingga 2014 dan ahli Jawatankuasa Penasihat Amalan Awam CPA Australia. Beliau
                                           juga merupakan bekas ahli Majlis MIA. Beliau pernah terlibat dalam Jawatankuasa
                                           MIA seperti Jawatankuasa Pelaksanaan Piawaian Pelaporan Kewangan,
                                           Jawatankuasa Penasihat Pasaran Modal dan Jawatankuasa Pendidikan. Beliau
                                           kini mewakili AOB sebagai pemerhati dalam Lembaga Piawaian Pengauditan dan
                                           Jaminan MIA dan Lembaga Piawaian Etika.

                                           Alex ialah Felo CPA Australia, ahli ICAEW dan Akauntan Bertauliah MIA.



          26  |  BAHAGIAN DUA  PENYATA
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33