Page 30 - AOB 2018 (BM)
P. 30

Lembaga
     Pemantauan
       Audit
    LAPORAN
    TAHUNAN
     2018





                                      WONG CHONG WAH
                                      Dilantik Ahli Bukan Eksekutif 1 April 2016

                                      Wong Chong Wah ialah rakan kongsi di Wong & Wong. Beliau mempunyai pengalaman
                                      lebih daripada 40 tahun dalam bidang perundangan termasuk litigasi dan penyelesaian
                                      pertikaian alternatif, undang-undang korporat dan perkongsian, percukaian, duti
                                      kastam & eksais, pengambilan tanah, insurans dan fitnah. Beliau berkhidmat sebagai
                                      peguam di Malaysia, Singapura dan Brunei. Beliau telah dinobatkan sebagai salah
                                      seorang litigator komersial terkemuka oleh International Who is Who’s of Commercial
                                      Litigation selama beberapa tahun.

                                      Beliau bertindak sebagai peguam kepada hakim Mahkamah Persekutuan dalam Tribunal
                                      Perlembagaan.

                                      Beliau pernah berkhidmat sebagai wakil tunggal Malaysia di Mahkamah Timbang Tara
                                      Antarabangsa bagi Dewan Perniagaan Antarabangsa dari 2004 sehingga 2012. Beliau
                                      menganggotai panel penimbangtara Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (dahulunya
                                      dikenali sebagai Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur) dan Dewan Perniagaan
                                      Antarabangsa Malaysia.

                                      Beliau ialah felo Institut Cukai Bertauliah Malaysia. Beliau juga ialah ahli panel
                                      Jawatankuasa Tatatertib Majlis Peguam.



                                     DATO’ DARAWATI HUSSAIN
                                     Dilantik Ahli Bukan Eksekutif 1 April 2016

                                     Dato’ Darawati Hussain ialah Pengarah Syalin Sdn Bhd. Beliau pernah memegang
                                     jawatan Pengarah, Dana dan Perhubungan Pelabur Bersama di Bahagian Strategi dan
                                     Pelaburan Strategik Kumpulan, Kumpulan CIMB (Malaysia).


                                     Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam kewangan korporat,
                                     pengurusan aset dan ekuiti swasta. Beliau berkhidmat sebagai seorang pengurus
                                     portfolio ekuiti Eropah untuk syarikat pengurusan dana Amerika Syarikat dengan aset
                                     dibawah pengurusan bernilai AS$70 bilion.


                                     Dato’ Darawati ialah Pengerusi RHB Private Equity Holdings Sdn Bhd dan Pengarah Bebas
                                     Magna Prima Bhd, Malaysia Venture Capital Management Bhd dan RHB Investment Bank
                                     Bhd. Beliau juga merupakan Pengarah dalam beberapa syarikat sendirian berhad.

                                     Dato’ Darawati ialah mantan Pengerusi Persatuan Modal Teroka dan Ekuiti Swasta
                                     Malaysia dan ahli jawatankuasa Majlis Pembangunan Modal Teroka Malaysia di bawah
                                     naungan SC.


                                     Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam Ekonomi dan Perakaunan dari Durham
                                     University, UK dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari London Business School, UK.
                                     Beliau juga seorang Penganalisis Kewangan Berkanun.







      28  |  BAHAGIAN DUA  PENYATA





   LT AOB BHG 2.indd   28                                                                                   10/04/2019   4:35 PM
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35