Page 31 - AOB 2018 (BM)
P. 31

Lembaga
                                                                                                            Pemantauan
                                                                                                              Audit
                                                                                                            LAPORAN
                                                                                                           TAHUNAN
                                                                                                            2018





 WONG CHONG WAH    HEW EE-LU
 Dilantik Ahli Bukan Eksekutif 1 April 2016  Dilantik Ahli Bukan Eksekutif 5 Oktober 2018

 Wong Chong Wah ialah rakan kongsi di Wong & Wong. Beliau mempunyai pengalaman   Hew Ee-Lu mempunyai pengalaman pengawalseliaan dalam sektor
 lebih daripada 40 tahun dalam bidang perundangan termasuk litigasi dan penyelesaian   perkhidmatan kewangan selama hampir 20 tahun. Sebagai aktuari terlatih di
 pertikaian alternatif, undang-undang korporat dan perkongsian, percukaian, duti   BNM, beliau terlibat dalam membangunkan rangka kerja kecukupan modal bagi
 kastam & eksais, pengambilan tanah, insurans dan fitnah. Beliau berkhidmat sebagai   sektor insurans, melaksanakan pembaharuan dalam pasaran insurans domestik
 peguam di Malaysia, Singapura dan Brunei. Beliau telah dinobatkan sebagai salah   dan menyediakan khidmat nasihat teknikal bagi pelbagai inisiatif dasar.
 seorang litigator komersial terkemuka oleh International Who is Who’s of Commercial
 Litigation selama beberapa tahun.  Dengan peranannya sekarang sebagai Pengarah Jabatan Penyeliaan Insurans
               dan Takaful, beliau bertanggungjawab terhadap pengawasan berhemat syarikat
 Beliau bertindak sebagai peguam kepada hakim Mahkamah Persekutuan dalam Tribunal   insurans dan pengendali takaful di Malaysia.
 Perlembagaan.
               Beliau ialah Felo Institut Aktuari UK dan juga menamatkan pengajian dari
 Beliau pernah berkhidmat sebagai wakil tunggal Malaysia di Mahkamah Timbang Tara   London School of Economics, UK dan Cass Business School.
 Antarabangsa bagi Dewan Perniagaan Antarabangsa dari 2004 sehingga 2012. Beliau
 menganggotai panel penimbangtara Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (dahulunya
 dikenali sebagai Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur) dan Dewan Perniagaan
 Antarabangsa Malaysia.

 Beliau ialah felo Institut Cukai Bertauliah Malaysia. Beliau juga ialah ahli panel
 Jawatankuasa Tatatertib Majlis Peguam.



 DATO’ DARAWATI HUSSAIN
 Dilantik Ahli Bukan Eksekutif 1 April 2016

 Dato’ Darawati Hussain ialah Pengarah Syalin Sdn Bhd. Beliau pernah memegang
 jawatan Pengarah, Dana dan Perhubungan Pelabur Bersama di Bahagian Strategi dan
 Pelaburan Strategik Kumpulan, Kumpulan CIMB (Malaysia).


 Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam kewangan korporat,
 pengurusan aset dan ekuiti swasta. Beliau berkhidmat sebagai seorang pengurus
 portfolio ekuiti Eropah untuk syarikat pengurusan dana Amerika Syarikat dengan aset
 dibawah pengurusan bernilai AS$70 bilion.


 Dato’ Darawati ialah Pengerusi RHB Private Equity Holdings Sdn Bhd dan Pengarah Bebas
 Magna Prima Bhd, Malaysia Venture Capital Management Bhd dan RHB Investment Bank
 Bhd. Beliau juga merupakan Pengarah dalam beberapa syarikat sendirian berhad.

 Dato’ Darawati ialah mantan Pengerusi Persatuan Modal Teroka dan Ekuiti Swasta
 Malaysia dan ahli jawatankuasa Majlis Pembangunan Modal Teroka Malaysia di bawah
 naungan SC.


 Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam Ekonomi dan Perakaunan dari Durham
 University, UK dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari London Business School, UK.
 Beliau juga seorang Penganalisis Kewangan Berkanun.







                                                                                              BAHAGIAN DUA  PENYATA  |  29





   LT AOB BHG 2.indd   29                                                                                   10/04/2019   4:35 PM
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36